Assalamualaikum wbt..
Lelaki Melayu selamba pakai seluar pendek depan orang ramai...
Tahu apa Islam kata pasal aurat lelaki Muslim ?
Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya.”.
Tetapi, kenapa ramai lelaki Melayu kita pakai seluar pendek atas paras lutut? Contohnya bila main bola sepak dan futsal ? Takkan mereka tidak tahu langsung bab aurat lelaki di dalam Islam ? Sebenarnya mereka tahu, tetapi mereka sengaja buat pekak telinga.
Kalau perempuan wajib memelihara aurat mereka, maka kaum lelaki pun sama. Tiada alasan.
Di tempat-tempat awam pula, ramai lelaki Melayu yang suka berfesyen memakai seluar shorts bila keluar sendirian atau bersama pasangan. Jika hendak dikatakan mereka terang-terangan mendedahkan aurat, belum boleh dituduh lagi. Tetapi, tahap kependekan seluar shorts tersebut sudah berada di tahap 'shubhah' atau 'grey area' yang bermaksud sangat hampir untuk menampakkan kedua-dua lutut yang menjadi aurat mereka.
Oleh hal yang demikian, bolehkah seluar shorts yang gemar dipakai oleh jantan-jantan Melayu stylo sekarang ini dibawa terus untuk solat di surau dan masjid ? Sudah tentu tidak boleh, kerana sudah pasti ketika ruku' dan sujud, seluar shorts mereka akan tersingkap lalu menampakkan lutut mereka. Maka, solat mereka akan batal sama sekali.
Kadang-kadang kelakar bila melihat sepasang suami isteri di mana, si isterinya lengkap bertudung dan berpakaian tutup aurat, tetapi di sebelahnya, si suami pula memakai seluar shorts tanggung serta memakai rantai leher dan gelang tangan. Padanan yang macam tidak kena, lalu membuat sesiapa yang memandang terfikir "Siapa yang patut membimbing siapa sebenarnya..?".
Lelaki Melayu dewasa yang memakai seluar shorts bukan sahaja merisikokan diri menampakkan aurat lutut mereka, malah mereka turut mempamerkan imej seperti lelaki tidak matang yang terhegeh-hegeh berlagak remaja sedangkan umur sudah semakin tua.
Oleh itu renung-renungkan dan selamat beramal...
Kredit info & image dari : Tok Wan.
P/S: Perempuan lelaki kalau diambil kira, sama dan lebih kurang saja batas auratnya cuma lebih menonjol dan tertonjol aurat wanita..
alhamdulillah...saya suka entri ini!
ReplyDeletesy jugak
ReplyDeletetau sebelom bace entry ni
mencik tgk bola sepak pon sbb ni..bile tergolek sume nampk errr
dulu time skolah menengah sangat suka pakai sluar pendek. hehe!
ReplyDeletetapi sekarang dah tak. apakah itu juga dikira hijrah? Hehe! Salam Hijrah! :)
aku kalo main bola mmg pakai sluar camni
ReplyDeletebagus la jiji kalo gitu...
ReplyDeletecuma gambar seluar senteng tu ada silap sikit tu..pakai macam tu bukan sunnah...cuma ia diharuskan untuk menutup aurat lelaki yang nak berseluar pendek..yang sunnahnya pakai jubah singkat paras betis kalo ikut pada hadith pada gambar tu... :)
like it! ;)
ReplyDeletekes laki pakai seluar labuh dari pingang pulak..sampai nampak lurah dubur kot kat belakang bila menunduk sikit ke..lelaki kene jaga2 juga..jangan paras lutul je..terutama jeans yg bawah perut ek..kita bukan tahu sangat pun...
ReplyDeletesetuju sgt,.lelaki selalu sgt mempertikaikan aurat perempuan,.pdahal kedua2nya perlu mnjaga aurat masing2,.=)
ReplyDeleteSedangkan lelaki yg aurat cuma pusat ke lutut pun susah nak jaga,.huhu
Terima kasih semua...
ReplyDeletesekadar berkongsi... :)
saya dapat ilmu baru ^_^
ReplyDeleteUntuk anak LELAKI ku..
ReplyDeletemohon share
ReplyDelete