Salam AidilAdha 10 Zulhijjah 1432

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

Erti korban itu terlalu besar untuk diungkap. Ia tidak hanya menjatuhkan seekor lembu dan kambing saja sebaliknya ibadat itu datang dalam pelbagai rupa dan bentuk. Apa saja yang termampu kita harus korbankan bagi membantu sesiapa yang menangis mengharap bantuan.
Hari Raya korban menyahut kita untuk mengenangkan pengorbanan Para Rasul dan pejuang-pejuang Islam yang lain dalam membawa dan menyampaikan Islam sehingga kita dapat mengecapinya pada hari ini. Bagaimana caranya kita menghayati semangat pengorbanan ini? Apakah yang harus dibuat untuk membuktikan bahawa kita menghayati erti pengorbanan ini?



Ia bukan hanya dengan lafaz, takbir dan tulisan semata-mata pada hari raya korban, tetapi seseorang yang menghayati erti pengorbanan seseorang pasti dapat dibaca melalui tindak tanduk dan kerja buatnya. Perbuatan dan peribadinya menggambarkan dia mengerti pengorbanan dan jasa yang telah dicurahkan, justeru perasaan penghargaannya kepada apa yang telah dia kecapi hasil pengorbanan itu diluahkan dengan pengamalan dan sumbangannya yang dapat memberi manfaat pada orang lain.

Dalam kehidupan kita, ramai insan telah wujud disekeliling kita. Bermula celiknya mata kita didunia ini hingga terpejamnya kelak mata yang sama ini, mungkin tidak terkira insan yang telah kita ketemui. Ada dikalangan insan tersebut kita telah lupakan lantaran tiada rasa kepentingan pada dirinya dan lamanya tidak bersua. Tiap daripada insan yang hadir dalam kehidupan ini, pasti ada pengorbanannya yang tersendiri.

Pengorbanan Ibu yang melahirkan, pengorbanan Ayah yang mencari nafkah, pengorbanan adik beradik yang membesar bersama, pengorbanan teman sewaktu menuntut ilmu, pengorbanan guru yang mendidik, pengorbanan ulama’ yang menyampaikan, pengorbanan Rasul yang memimpin dan pengorbanan demi pengorbanan yang tiada boleh kita ungkapkan kerana banyaknya insan yang telah berkorban. Tiap pengorbanan ini menuntut untuk kita menghargainya dan belajar daripadanya untuk berkorban pula tanda penghargaan kita. 
Menghayatikahku erti pengorbanan? Insya'allah....




P/S: Alhamdulilah tahun ini mr.hubby & aku dapat menunaikan ibadah korban untuk anak aku yang kedua pula,Yana..Syukur atas rezki mu Ya Allah..


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SB : Salam Aidiladha juga buat Sam.. :)

    ReplyDelete
  2. Nak balik dah orang gi tetamu Allah :)



    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. Oh Oeya: Ye la kan..rasa sekejap saja sebulan tu kan....

    Moga selamat sampai kan.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!