Assalamualaikum wbt...
Kalau kowang nak ke A-Famosa Resort tu, pastikan awal2 lagi kowang dah booking hotel ye, tak kira la time bercuti tu waktu cuti sekolah ke, hari biasa ke, tapi yang pasti dah siap2 booking hotel, sebabnya harga dia akan berbeza mengikut musim cuti..huhuhu
Seperti Lin haritu tak silap booking sebelum 2 mingggu nak ke sana, bayaran fullpayment ok, bukan main booking aje, time datang baru bayar, oh tidakk mereka minta bayaran penuh dalam masa 3 hari selepas kita booking. So kowang pastikan betul2 dan check kat mana yang kowang nak stay..
-Pilihan pertama kitaorang di D'Savoy Condo, kondo ni betul2 terletak simpang pertama bulatan nak masuk ke resort A-Famosa tu, nampak aje macam takde orang tapi full semua tau. Kalau kowang ramai melebihi 15orang, mereka akan tempatkan kowang di villa, macam Lin dalam 11orang saja, so kitaorang amik kondo 3 bilik saja.
-Kitaorang ditempatkan di tingkat 10 bilik 1009 dengan harga rm628 *free 6 kopun brekfes, 3 bilik (semua bilik ada 2 katil size queen) dan 2 bilik air, termasuk wet kitchen dan dry kitchen, hall dan juga dinning, tv pun ada astro juga ye, cuma wi-fi kalau kat atas takde, kat area bawah saja ada..
Angin dari tingkat 10 tu, jangan cakap la, sejuk dan bertiup kencang kuat , tak dapat bayangkan rasa ketakutan tido malam gara2 bunyi angin tu..huhuhu
-Lihat tu, besarkan? sesuai untuk 2 family or 3 family menginap, sangat2 selesa disemua ruang, lengkap semua peralatan rumah. Kalau kat hall tu takde aircond ye, kipas saja, tapi kowang bukak aje pintu sliding tu, angin sangat kuat meniup..sejukkkkkk
-Yang gambo atas tu bilik masterbedroom, ketiga2 bilik semua katil bersaiz macam dalam gambo tu, so kalau 1 family duduk dalam 1 bilik (anak tak ramai) sangat2 selesa la. Bilik pun aircond, termasuk bilik air dalam masterbedroom tu.
Yang gambo bawah tu gambaran 2 bilik yang lain, pun sama juga ada 2 katil size queen, dan selesa juga untuk family yang kecil.
-Yang ni dry kitchen, termasuk peti ais, dan keperluan barang lain, dan yang pintu tu, pintu untuk masuk ke wet kitchen, cuma tak perasan pulak ada ke tidak notis boleh masak ke tak..ermmm
-Dan yang ni swimming poool umum, kowang kena jalan sikit la dari tempat kowang tu, bersih dan terjamin, lengkap dengan toilet dan tempat persalinan, kalau nak lepak makan minum pun ada, siap dengan kemudahan w-fi sekali..
Kesimpulannya, sangat berbaloi dan ok untuk percutian singkat, tapi kalau kowang memang nak jalan2 kat dalam A-famosa tu je lah, semua kemudahan ada, bukannya apa, senang kowang nak ke tiga2 taman taman tema tu, tak payah drive jauh2, sekitar situ saja, kalau malas nak drive ada bas boleh bawak kowang pergi dan balik ke tempat kowang menginap, cuma makan minumnya aje yang agak mahal, tapi kowang boleh keluar untuk makan kat mana kowang suka lah..
*sekadar bagi cadangan dan pandangan peribadi..
P/S: Kalau duduk ramai2, tak rasalah bayar mahalnya(share), tapi kalau duduk1 family aje, memang le rm628 tu mahal huhuhuhu
wahhh takde promotion mahal ek kondo tu...penah pegi stay kondo sane....mase tu amik pakej time MATTA fair...kondo 2 bilik harga RM80 sehari....not bad la utk short holiday...
ردحذفWah! Bercuti lagi ya Lin.. Best nyer awak :-)
ردحذفCik Panadol: Yup sebab tu kalau beli time Matar Fair memang dapat murah berbanding walk in waktu beli time cuti..2x ganda mahalnya...huhuhuhu
ردحذفOh Oeya: Alhamdulilah bawak anak2 jalan last minit..hehehe
ردحذف