Cuti-cuti @A-Famosa Melaka: Animal World Safari.

Sis Lin
6
Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semua? Sihat ke? Lama betul tak menulis ni kan? Masih ada yang rindu ka? 
Ok macam mana percutian dan holiday kowang semua? Ye la tak beberapa hari je lagi dah mula naik sekolah, dan bermulanya tahun baru, so mesti la ramai yang habiskan cuti kerja/sekolah ni untuk bercuti kan? Lin pun dah hujung2 tahun ni barulah dapat becuti, walaupun tak jauh tapi cukup lah dapat memuaskan hati dan menggembirakan anak2 semua, cuma yang bestnya bercuti sekali dengan kawan2, 'Family & Friends Day'..
Ok2 jangan membebel banyak sangat, jom ikuti kisah dan cerita merepek meraban Lin untuk dikongsi bersama kowang..layannnnz.. *maaf kalau penuh dengan gambo :p



-Sebelum bertolak: Anak2 lah yang paling excited, bergaya sana bergaya sini..hehehehe. 
Bertolak pada 25hb Dec, dalam jam 9.30am, Retna, Rosli, Junaidi & Karni, Che Ct dan Che Mat sekeluarga sekali jalan dari KL dan kitaorang berjanji terus jumpa di A-Famosa saja.



-Selamat sampai di sana dalam jam 12.15pm gitu, oleh kerana Retna, Rosli Kak Ct & Che Mat sekeluarga dah sampai dulu (Junaidi & Karni masih dalam perjalanan) dan dah masuk Water World, Lin dan Family amik keputusan tak nak masuk mandi dulu, so beli tiket masuk Animal World Safari saja. Dah namanya hari cutikan, so orang punya la ramai beratur, nak taknak penuh sabar juga menunggu..



-Bayaran tiket pada waktu Lin pergi tu Dewasa rm48 dan kanak2 rm38 termasuk semua animal show dan truck Safari, maybe sebab hari cuti umum so tiket mahal dari kebiasaannya tapi tiket masuk tu termasuk makanan + minuman yang diberi percuma. Kira ok la tu kan..Kalau kowang nak beli air + makan kat situ memang mahal, mineral water saja rm3 ye..huhuhu



-Tak silap ada 5 persembahan yang boleh kowang tengok, bird show, elephant show, tiger feeding show, wild west show dan monkey island show tapi semua ada masa yang ditetapkan, jadi kenalah pandai2 adjust time tu ye kalau nak masuk, kalau tak memang rugi lah, takat jalan nak tengok binatang je, kat JB ni pun banyak..hahahaha.. 



-Semua show sangat menghiburkan, nampak aje binatang yang biasa kita lihat, tapi bukan senang nak tengok binatang buat apa yang tuannya suruh dan buat aksi yang melucukan, sangat2 cute ok..
Lepas selesai aje show tu, Lin & Family bergegas pulak beratur untuk naik truck Safari, yang ni baru betul2 dapat lihat binatang buas & liar 'terlepas' tanpa di tambat dan di tali, woooo tengok truck dia je kowang dah tau kan betapa bahayanya.huhuhu



-Anak2 teruja bila dah masuk dalam truck tu, masing2 ada perasaan takut dan 'cuak' juga, maunya tidak, tak boleh bayangkan kalau pak belang(harimau) tu nampak kita..hahahahaha *gelak jahat!
Memang betul2 terlepas! harimau, singa, beruang, zirafah, dan binatang buas yang lain, kita boleh lihat secara dekat tanpa di kandang dan di ikat, nasib baik juga la agaknya mereka dah kenyang, kalau tak maunya diterkamnya..huhuhu *gambar ni Lin amik, Lin keluarkan tangan dari jaring pegang camera, buatnya camera jatuh, naya la aku hahahaha



-Tapi yang ni memang betul2 buas, bila truck kita lalu je, wooo dia punya mengaum tu berengus uii bikin kecut perut! tapi bukan yang kat luar tu, tapi yang dalam kandang tu, sebab tu agaknya pihak Safari letak dalam kandang kot..takoot!..
Dan banyak lagi la jenis binatang yang boleh kowang tengok, nak letak gambo pun manyak sangat le, tapi memang best lah, satu pengalaman yang sangat2 menarik untuk seisi keluarga.


-Tutup show semua dalam jam 6pm tak silap Lin, so dalam 4.15pm Lin dah habis jalan dan dah penat sudah tumit kaki ni, so terus keluar untuk masuk ke Jurassic World pulak, sebabnya kalau kowang beli tiket Animal World Safari tu, dapat beli tiket Jurassic cuma rm12 saja, so dah alang2 sampai tu, beli dan masuk aje la sekali.. *diluar nya kowang boleh naik gajah dan unta..

Kesimpulannya, tak rugi bagi sesiapa yang nak datang ke sini, jadikan satu pengalaman menarik bersama anak2 melihat keletah dan aksi binatang semua.

Operational Hours
Open daily from 9am to 5pm.

Entrance Fees
Malaysian:
Adult: RM35.00
Child: RM25.00

Foreigner:
Adult: RM73.00
Child: RM59.00
*The price will changeable during public holiday and school holiday.

Show Time Schedule
-Elephant Show
10.15am & 4.30pm

-Multi Animal Show
11.20am & 3.00pm

-Bird Show
12.00pm & 3.45pm

-Wild Wild West Show
2.15pm

-Truck Ride
9.30am – 5.00pm

-Monkey Island
10.00am – 5.00pm




P/S: Bersambaung nanti ye..tungguuuuuuuu :p


Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. waaa...seronoknya... dah lama cik semut tak pi jalan2 mcm ni

    ReplyDelete
  2. Sini mmg best, rindu nak ke Melaka...tapi....

    ReplyDelete
  3. bestnye! aritu cik syue gi mandi manda je, xmasuk pon safari ni...

    ReplyDelete
  4. Semut Senyum: Memang seronok, kalau dh dtg A-Famosa ni, mmg kena la masuk Safari ni, berbaloi2...

    ReplyDelete
  5. Zana: Kannn, Sis pertama kali dtg sini, rasa sangat berbaloi cuma tak puas, sbb tak masuk water world..huhuhu
    Lepas ni nak pergi kena 3hr 2mlm bru syokkk...

    ReplyDelete
  6. Cik Syue: OO Syue pun ke sana yek? menginap dimana? Sana mmg best! cuma makan minum aje yg mahal kan..huhuhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!