Assalamualaikum Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar islam.
image & info search 'hari asyura' dr en.google
Peristiwa yang berlaku pada hari Asyura:
-Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
-Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
-Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
-Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
-Allah menjadikan Siti Hawa.
-Allah menjadikan Syurga.
-Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
-Taubat Nabi Adam diterima Allah.
-Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi tenggelam selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
-Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama pengikutnya daripada tentera Firaun.
-Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
-Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati syahid.
-Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
-Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya serta beroleh keamanan dan kesihatan.
-Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
-Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
-Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
-Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi semua orang yang sedang sakit.
-Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta kepadanya seumur hidup.
-Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan Allah.
-Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
-Sunat menginai dan mengerat kuku.
-Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus buat selama-lamanya.
-Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
-Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
-Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil, nikmal maula wa nikman nassir ).
P/S: Hurmmm dah terasa ditekak kesedapan bubur asyura...
Allah hu akhbar.
ReplyDeleteOh Oeya: Alhamdulilah....
ReplyDelete