Assalamualaikum wbt..
Dengar aje tajuk, terfikir negatifnya, logik ke tak logiknya, ye ke tak ye nya, tapi ada juga benarnya, kalau senantiasa ibu atau bapa sibuk bekerja, tiada masa untuk anak2 dan isteri, jangan kata anak, isteri pun boleh sakit mental, silap2 meroyan satu rumah! :p
Pheww tapi alhamdulilah sesibuk mana pun mr.hubby Lin, biarpun tiada masa untuk anak2 tapi nasib juga Lin tau/pandai drive, so ada masa terluang Lin bawak sendiri anak2 keluar window soping atau merayap mana2, tak le terperap je duk rumah, sian kan anak2, tapi apa nak buat, cari rezki yang halal...:)
image search dari en.google
Petikan dari Kosmo Online harini.
PUTRAJAYA – Ramai remaja dan kanak-kanak di negara ini mengalami masalah kesihatan mental disebabkan perubahan gaya hidup masyarakat termasuk ibu bapa sibuk bekerja dan tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi anak-anak.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai, isu masalah kesihatan mental kanak-kanak berusia lima hingga sembilan tahun meningkat daripada 12.3 peratus pada tahun 1996 kepada 19.1 peratus tahun ini.
“Peningkatan yang sama juga berlaku di kalangan remaja berusia 15 dan 16 tahun daripada 13.4 peratus pada 1996 kepada 22.2 peratus pada tahun ini,” katanya pada satu sidang akhbar di sini semalam.
Masalah tersebut dikesan melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) oleh Kementerian Kesihatan yang menunjukkan peningkatan terhadap isu kesihatan mental di kalangan golongan berkenaan pada tahun ini berbanding kajian 2006.
Tinjauan itu turut menunjukkan peningkatan terhadap masalah obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, tabiat merokok, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan di kalangan masyarakat negara ini.
Cerita lanjut klik di SINI.
P/S: Kasih sayang tak boleh dibeli dengan wang ringgit, ingat tu!..
Salam..pertama kali singgah sini...
ردحذفerm..bila baca entry ni, mulalah terfikir, ada baiknya juga kalau setiap perempuan kena tahu berdikari, mknanya tak mgharapkan suami je..
cukuplah skadar pandai memandu, cthnya puan Lin, hubby sibuk, dapat Puan bw ank2 bjalan... xdelah tperap je...
apa2pun..nice info.. :)
Cik Nur: Wasalam...betul tu Nur, kadang2 bila ingat2 kembali, nasib juga dah boleh memandu, sek semua Lin hntr sendiri, hubby juga yg berkeras srh amik lesen dulu..
ردحذفso sekarang, sikit sebanyak hal anak2 dan rumah, boleh uruskan sendiri tanpa tggu hubby, kita tau dia sibuk cr rezki.. :)
thankx dear...
risau juga dengan masa depan nanti macam mana..kalau dua2 sibuk bekerja, anak pulak macam mana...hurmmm
ردحذفSunah: Hehehe kena balance kan masa, kalau dua2 bekerja, tp kena juga prihatin kat anak2,tel ke sms ke, jemaah bersama subuh sebelum gi kerja ke, hujung minggu kena luangkan masa..jgn bg alasan penat nak tido je kat uma..itu lah sebenarnya punca2 ke arah itu..heheh
ردحذفsekian.. :)