Assalamualaikum wbt...
Kebahagiaan ialah suatu keadaan perasaan aman damai serta gembira. Dengan kata yang lain, kebahagiaan melebihi hanya perasaankegembiraan. Umumnya, kegembiraan amat berkait dengan sesuatu kejadian atau pencapaian yang khusus, sedangkan kebahagiaan berkait dengan keadaan yang lebih umum seperti kesenangan hidup atau kehidupan berumah tangga. Bagaimanapun, kedua-dua perasaan ini adalah amat berkait dan juga amat subjektif.
Kebahagiaan seseorang tidak dapat diukur atau digambarkan, dan berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tempat. Orang yang kelihatan bahagia tidak semestinya bahagia, dan orang yang kelihatan tidak bahagia tidak semestinya tidak bahagia. Cuma orang itu sendiri yang tahu (iaitu berasa) sama ada dia bahagia atau tidak.
Pengertian kebahagiaan berbeza-beza antara seorang dengan seorang. Ada yang berasa bahagia kalau dia mendapat makanan, pakaiandan kediaman yang paling sederhana, terelak daripada penyakit, kelaparan, dan perang. Sebaliknya, ada orang berasa tidak bahagia meskipun hidupnya dalam keadaan yang aman, mewah, sihat, dan senang-lenang. Ada orang berasa tidak bahagia sekalipun, walaupun dia mempunyai kuasa, status, dan kekayaan.
sumber kebahagian dari wikipedia.
image search dari en.google.
RESEPI KEBAHAGIAAN RUMAH TANGGA
Bahan-bahannya:
2 kg penuh pegangan teguh kepada Tuhan dan ajaran agama kita
1 kg rasa kesyukuran dan ketakwaan
4 cawan rasa tanggungjawab
3 cawan daya penambat hati (appeal, daya tarikan termasuk penawar dan pelembut hati)
2 cawan penuh puji-pujian, kemesraan dan gurau senda
2 cawan pati kemanusiaan
2 cawan keyakinan diri masing-masing, dorongan dan sokongan
1 cawan rasa kepuasan
1 cawan budi bahasa
1 cawan perasaan timbang rasa
1 cawan talak ansur, toleransi atas segala kesilapan dan kelemahan kedua belah pihak
2 gelas ucapan terima kasih untuk disiram selalu
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 orang anak kecil sekurang-kurangnya
4 camca penuh pengucapan maafkan daku (ini juga sangat penting untuk kebahagiaan suami isteri)Secubit campur tangan mentua Curahkan kerjasama yang perlu dan kesediaan kerja berpasangan dan perkongsian.
Cara membuat atau mengamalkannya:
-Kita adun dengan cermat semua bahan-bahan di atas dan asingkan rasa cemburu, curiga, sikap mengkritik, sikap marah dan sakit hati.
-Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan dan kejujuran.
-Hiaskan dengan dua orang anak kecil dan bolehkan ditambah mengikut selera dan kemampuan diri masing-masing.
Sumber dari SINI.
P/S: Alhamdulilah beransur sihat, 2hari demam, tapi kepala otak asyik ingat nak update blog jek..huhuhu
salam singgah sis..
ردحذفthanks pd resepi yang sangat2 berguna tu..
'Berikan ku bahagia...'
ردحذفResepi terbaekkk!
Oh Oeya: Hehehe buat tau nnti cuba resepi nie :p
ردحذف