Assalamualaikum wbt..
Adeiii terlalu peritnya perut dan sakitnya anak tekak dan rongga mulut ni, bila diserang batuk, sampai terkencing2 pun ada, susahnyaaaa laaa, ubat jangan cakap la, dah makan berbijik2 (takut minum yang jenis airnya), tapi tetap juga ada sisa batuknya..huhuhu
Sampaikan waktu menaip entry ni, anak Lin tegur 'Mak ni, dah batuk2 pun nak update blog'..huhuhuhu
Terus Lin jawab 'Jangan kata batuk, kalau masuk wad pun Mak bawak lappy nak update blog!...
Surirumah + Lappy + Blog + = Menjana pendapatan sambilan aku..sekiannn
Image search dari en.google.
Bila dah batuk, barulah sibuk sana sini search cari petua hilangkan batuk..hahahaha *takde keje, tapi janji dapat le kongsi bersama kannn..
Jomm kita baca jenis batuk dan cuba petua dan larangannya ketika batuk...
Sumber dari SINI.
-BATUK 100 HARI
Ambil akar pokok kemunting cina yang bunganya berwarna putih (bukan warna ungu). Asahkan pada bontot pasu (bubuhkan sedikit air) kemudian asahkan sedikit kemenyan bersamanya. Minum air tersebut 2 kali sehari. Dalam masa 2 atau 3 hari ia akan sembuh.
-BATUK BIASA (BRONKITIS)
Ambil sepotong cekur sebesar ibu jari dan garam sedikit. Kemudian kunyah-kunyah dan telan airnya. Selepas 5 minit rasa gatal akan hilang.
Tanda-Tanda Batuk Biasa:
1. Batuk yang kerap dan diikuti pula oleh pengeluaran kahak yang banyak
2. Pernafasan seseorang itu akan terganggu dan menjadi sukar untuk bernafas
3. Keadaan batuk (bronkitis) yang berpanjangan boleh menyebabkan lelah dan susut berat badan.
Cara-Cara Mengelak:
1. Bernafas diudara yang segar dan bersih
2. Asap rokok adalah gangguan yang paling utama bagi penghidap batuk ini
3. Elakkan dari merokok atau menghidu asap rokok orang lain
-BATUK REJAN PADA KANAK-KANAK
Batuk ini adalah batuk yang tidak mahu berhenti-henti, biasanya berlaku pada kanak-kanak.
Ambil air perahan daun peria dan beri minum pada anak tersebut. Oleh kerana air perahan ini terlalu pahit, kahak-kahak akan keluar. Buatlah berulang kali jika perlu.
UBAT BATUK MUJARAB
Makan buah kudu yang sudah masak dengan garam. Gatal-gatal, serak dan batuk akan hilang.
BATUK (suara serak/kahak pahit)
Ambil bawang besar 2 biji, buangkan kulitnya dan tumbuk tumbuk atau dimesinkan sehingga hancur. Kemudian tapiskan dan ambil airnya dan minum sekadar 3 sudu besar. Minum 2 kali sehari. Amalkannya 2 hari berturut-turut.
*Erkk bila baca petua2 nya semua, adeii batuk2 pun takpe lah, rasa tak tertelan nak makan cekur dan mengkudu tu..uwekkkk hahahaaa
P/S: Semalam kena marah dengan mr.hubby, sebab lupa buang cawan coolblog(cuaca panas tak tahan), pastu dia ternampak, terus bebel's marah minum ais.. :(( .Salah saya, sori OK!.. :p
salam lin sayapun Lin jugak ...hihi eloklah tu nama sama....tgh batuk la especially mlm aduhai rasa sakit dada ...nnnt lin cuba petua awak.anak pun sama batuk...baby 10 bulan. apa nak buat lg.obat dah mkn....adala berkurang..try bg madu biasa polleney bacakan selawat utk dia....Lin ada petua lain tak for 10 mnth baby...thanks
ردحذف