Ikhlas itu milik Allah,

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

“Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran lahir kamu tapi dia melihat apa yang ada di dalam hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Mereka kata,
Ikhlas itu,
Bila melakukan sesuatu
Tak mengharapkan apa-apa balasan.

Ikhlas itu,
Memberi serela jiwa.

Ikhlas itu,
Murni, bersih,
Ibarat air jernih,
Tiada bercampur apa-apa.

Ikhlas itu,
Bila berbuat apa-apa,
Hanya kerana Allah.

Sungguh.
Ini yang selalu aku pegang.
Kerana aku masih percaya,
Bila hati rela,
Bila kau memberi tanpa mengharapkan apa-apa,
Kalau kau berbuat sesuatu hanya kerana Dia,
Pasti semua akan jadi mudah. tenang.
Namun dalam benak sendiri,
Selalu tertanya-tanya.
'Ikhlas ke aku?'
'Ikhlas ke dia?'

Tapi mereka selalu kata,
'Saya ikhlas'
Mereka selalu persoalkan,
'Ikhlas ke? atau ' 'Macam tak ikhlas je'
Sepertinya pada mereka ada penimbang pengukur ikhlas.

Ikhlas itu susah sayang.
Kerana di sebalik menuju ikhlas itu ada syaitan memacu,
Dipesongkan kerana-kerana kita di awal-awalnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di tengah-tengahnya,
Dipesongkan kerana-kerana kita di hujungnya
Disolekkan dengan puji puji,
Ditampal kata mengata,
Dirasuh rasa bangga,
Tak tersedar ada penyakit bertandang di hati.

Firman Allah: 'Ikhlas itu satu rahsia dalam rahsia-Ku, Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKu yang Aku
kasihi.' (Hadis Qudsi).

Menuju ikhlas itu bermula bila segala hanya kepadaNYA
Dengan tunduk, tawadhuk, malu, takut, risau, cemas, kasih, cinta.
Hanya kepadaNYA

Semoga dituntun hati kita dengan CintaNya,
Terarah langkah kita selari dengan redhaNya

*kredit iluvislam.






P/S: Cakap ikhlas pun salah, tak ikhlas lagi la salah..ermm yang penting, Allah maha mengetahui keihlasan hati kita...


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nape ttbe sedeh nie bace..mungkin terkene batang idong sendiri..huhu

    ReplyDelete
  2. Zanna: Laaaa maaf sekadar berkongsi heheheh...'ikhlas'..

    ReplyDelete
  3. Abaikan saja mereka yang selalu sebok 'timbang' keikhlasan orang.. nyaman hati hasilnya :-)

    ReplyDelete
  4. Oh Oeya: Hidup mesti terus ke depan, jangan pandang ke belakang, nanti sendiri yg susah, kena ikhlas dan redha...kannnnn...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!