PROGRAM PEMANDULAN KUCING DI JOHOR!

Sis Lin
10
Assalamualaikum wbt..

Just for sharing...terbaca artikel ni di FB Kucing Terbiar & Anjing Jalanan, so Lin kongsikan bersama, mudah2an pemilik2 kucing dapat manfaat dari info ini..



PROGRAM SEHARI ini dibuka untuk memandulkan haiwan peliharaan anda pada kos murah. 

Matlamat kami ialah mengurangkan populasi haiwan jalanan tidak bertuan dengan menyediakan program pemandulan murah kepada pemilik-pemilik haiwan. Ini bertujuan mengelakkan haiwan peliharaan daripada membiak tanpa kawalan dan menjadi mangsa dibuang oleh pemilik-pemilik asal. 

Tarikh : Sabtu, 17 Mac 2012
Lokasi : Klinik Haiwan Tiram
Jantan : RM50
Betina : RM70

Untuk mendaftar, emailkan ke ktaj0311@gmail.com [Subjek : SD 2012 Johor] bersama butiran lengkap di bawah : 

1) Nama pemilik, no KP dan no telefon bimbit. 
2) Gambar kucing yang ingin dimandulkan, nama, umur, jantina dan baka. Sila beritahu kami sekiranya kucing ini belum pernah di vaksin.

Sila sebarkan program ini kepada rakan-rakan pemilik haiwan yang lain. 


*Terma dan Syarat : 

1. Pastikan anda mendaftar untuk menyertai program ini. Ini memudahkan kami mengenal pasti bilangan haiwan yang akan dimandulkan pada hari tersebut. 

2. TERHAD KEPADA BAKA DOMESTIK : Kucing kampung bulu pendek (DLH), kacukan bulu panjang (DLH) atau kacukan siam saja yang dibenarkan. 

Kucing baka exotic dan baka asli seperti Bengal, Persian dan Flat Face akan dicaj pada kadar biasa : RM80 untuk jantan & RM140 untuk betina. 

3. YURAN PENDAHULUAN RM30 DIKENAKAN : untuk mengelakkan pemilik dari gagal menghadirkan diri setelah mendaftar. 

4. Pastikan umur kucing anda tidak kurang dari 5 bulan dan berat tidak kurang dari 2kg. 

5. Baki yuran pemandulan perlu dijelaskan kepada doktor/klinik terlibat pada hari berkenaan. 

6. Semua kucing perlu dipuasakan bermula jam 8 malam on 16 Mac 2012 untuk mengelakkan komplikasi semasa dan selepas pembedahan. 

7. Semua kucing perlu dibawa pulang ke rumah selepas pemandulan. Caj di atas tidak termasuk kos boarding. 

Bagi setiap kucing yang dimandulkan dalam program ini, RM5 akan disalurkan ke Dana SCRATCH. 

HENTIKAN PEMBUANGAN HAIWAN YANG TIDAK BERDOSA. 
MANDULKAN HAIWAN KESAYANGAN ANDA HARI INI!






P/S: Dimana lah agaknya 'POLO' dan 'KENIT' saya..huhuhu


Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. erkkk..ade gak ni? kat taman molek tu, dia tak bagi spay..dia suh cegah je, bagi suntik ubat cegah bunting..tahan 6 bulan je...huhu

    ReplyDelete
  2. bgus ade prog camni kak..yela sy sndri mmg tak sggup nk tgk byk kcg gelandangan.rmai yg tak pedulikan dorg (kucing).kcg ni sy da aggp mcm ank

    ReplyDelete
  3. sam sayang kicing sam... ianya comel dan pandai buat sarkes... hehehehe...

    elok la ade program macam ni... mau taknye, kesian tengok2 kucing2 'gelandanga' yang tak bertuan tu... lapar... sejuk... comot... sedihhh...

    ReplyDelete
  4. Lizzie Yasmin: Salam Liz, ye mmg ada, bukannya apa utk penjagaan baka yg tidak terpelihara saja.. :)

    ReplyDelete
  5. Sunah Sakura: Ye Sunah, kalau kat Tiram tu dh lama ada, cuma kali ni dia bt promosi khas kutip dana..
    Mmg sesetengah GP dia tak bg bt sbb kesiankan kucing tu...huhuhu

    ReplyDelete
  6. IntanDayani: Ye betul, kucing pun macam manusia juga, kalau asyik2 beranak saja, dan anak2nya tak terbela kesian kann... huhuhu

    ReplyDelete
  7. Sam Banjamin: Betul tu..klu kita tgk byk bila kucing2 kesayangan beranak, tuannya tak terbela di hantarnya ke pasar dn tidak di peduli, kesian kan comot, kurus dan kotor kucingnya..baik di mandulkan..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this, SIS LIN :)

    ReplyDelete
  9. KTAJ: Sama2..sharing is caring.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!