Sinopsis Filem 7 Petala Cinta.

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt..

7 Petala Cinta yang merupakan sebuah filem cinta berbentuk Islamik yang digarap oleh Azahari Zain dan diterbitkan oleh Metrowealth Pictures mengisahkan kehidupan anak remaja yang mendapat pendidikan dalam institusi keislaman. 
Pelbagai insiden dan suka duka yang berlaku selain berdepan dengan kemelut yang akhirnya mengundang perspektif berbeza.7 Petala Cinta tidak hanya menyingkap kisah suka duka dunia remaja yang terperangkap dengan nafsu dan nilai budiman dalam jiwa namun turut memaparkan pengorbanan, erti persahabatan serta kisah cinta agung.



Sinopsis Filem 7 Petala Cinta

Hamka seorang graduan syariah dari Universiti Al-Azhar ditunangkan dengan anak kepada guru di madrasah Qalbun Salim, tempatnya menuntut ilmu, Saidatul Nafisah (Shima Anuar) dan kemudiannya berhijrah ke Yemen untuk menuntut ilmu. Dalam pada masa yang sama, Hilma Aqila (Diana Amir) adik kepada Hamka turut menuntut di Madrasah yang sama. Namun sebaliknya, Hamka gigih menulis al-Quran dengan tulisan tangannya sendiri bagi dijadikan hantaran perkahwinannya kelak.

Entah mana punca, berita mengenai Hamka terbunuh di Yemen tersebar selepas negara itu dilanda perang saudara dan konflik politik. Tunangnya, Nafisah menanti dengan setia dan muncul pula watak Attar (Aeril) seorang yang jahil sehinggalah bertemu dengan Abi Ikhwan (Ustaz Dini) yang mengajar di Madrasah Qalbun Salim.yang sudah lama memendam perasaan kepada Nafisah. Di situlah wujudnya nilai kesetiaan seorang wanita yang mengagungkan seorang lelaki yang dicintai walaupun apa saja yang melanda.

Membariskan pelakon muda seperti Fizo, Shima Anuar, Aeril Zafril, Diana Amir, Putri Mardiana. Turut dibantu oleh Epy Raja Lawak dan Zalif Sidek. Gandingan ini diperkuatkan lagi dengan bantuan pelakon lain iaitu Ustaz Dini Juri, Ummi Rosiah, Zul Suphian, Wak Di dan Alex Yanz.Tarikh tayangan belum di pastikan oleh pihak Metrowealth Pictures.Tunggukan trailernya tidak lama lagi.


Lirik & video OST lagu tema 7 Petala Cinta 

Semakin hebat rindu ku,
Semakin deras degupku, 
Semakin teguh cintaku,
Kepadamu........

Hembusan nafasku saluti,
Kata-kata penuh bermakna, 
Semua rinduku tersusun dihati,
Menantikan masa..........

Tujuh petala...... Cinta,
Berbisiklah kedengaran, 
Terhamparlah syahadah,
Titik-titik percintaan......

huuuuhhuuuuhuuuuuhuuu 

Kasih....... Dengarkanlah rindu kepadamu, 
Cinta....Kepadamu hidup untukmu..........

Kasih.... Ku di cinta....
Hatiku bergema hiasi cahaya,
Bersemilah rasa............





P/S: Sapa nak temankan saya tengok? Kena bawak tisu juga ni....huhuhuhu


إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!