Assalamualaikum wbt..
Waduh...mati idea sejak dua menjak ni la kalau nak update blog, ntah mana lah perginya idea ni..huhuhu. Banyak cerita nak kongsi bersama, tapi bila dah duduk depan lappy ni, nak menaip terus mati 'kutu' dibuatnya..aishhhhh tak suka betullah!!! Oooo idea, mana lah ko pergi, hilang mood aku nak berblog nie..huhuhuhu..
Tapi sekurang2nya takde idea pun, Lin adakan juga le entry terbaru kat sini, biarpun sekadar c&p tapi boleh juga buat info/manfaat bersama kan kan kan? dari kosonggg berabuk tak berupdate tuuuu.. ;p
Dipetik dan di copy dari FB Fedtri Yahya.
TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yg jahat tentang suami atau dirinya. Maka akan berkelahilah dia dengan orang lain.
TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yg suka mencuri harta suaminya sendiri.
TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.
TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya, dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.
TABIAT ANJING
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia akan menista dan membenci suaminya.
TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.
TABIAT KHINZIR
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya. Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.
TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.
TABIAT KALA
Wanita yg sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat fitnah.
TABIAT KAMBING
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia suka berbakti.
P/S: Kowang faham maksudnya? Tak faham? ermmm alaaaaaaaaa kowang faham2kan je le... ;p
Faham :)
ReplyDeleteOh Oeya: Hehehe kena faham sendiri..hehehehhee ;p
ReplyDelete