Assalamualaikum wbt..
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati
1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir
*Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.
4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"
SUMBER: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.
Sesungguhnya yang BAIK itu datang dariNYA, dan yang BURUK itu datangnya dari diri kita sendiri..
P/S: Jujur, Ikhlas, saling faham memahami, bertolak ansur juga sabar, 'kunci' kebahagiaan berpanjangan..
salam..
ردحذفbagus la entry nih..
minta izin nak share kat blog dayah yer..?
:)
bagus perkongsian ini..
ردحذفHidayah: Terima kasih Dayah..
ردحذفSilakan... Sharing is Caring.. :)
Sari YUsa: Alhamdulilah..Thankx Sari..
ردحذفBanyak sungguh Allah beri dalam hubungan halal :-)
ردحذفOh Oeya: Alhamdulilah..sesungguhnya Dia maha mengetahui...
ردحذف