TAUGEH disiram dengan air kencing!!

Sis Lin
6
Assalamualaikum wbt..

Mungkin kowang semua sudah tahu info ini mengenai taugeh yang disiram dengan air kencing. Ya Allah gelik mual loya tekak aku membacanya, subhanallah ye ke tak ye tak tau laaa. Info tu pun dari tahun 2010, tapi baru ni la Lin dapat tau dan membacanya...eeeeeeeeee
Tapi kalau masak mee ke popia ke, tak sah kalau tak letak taugeh manyak2 kan...erkkkk lepas ni tak tau le gaya camne kalau makan mee takde taugeh...uweeeeek!!!

image search dari en.google.

Kredit info dari SINI.

Ada orang nasihatkan, apabila anda beli taugeh, simpan dulu selama 3 hari. Selepas 3 hari, cuba bau taugeh tu. Anda mungkin akan dapati, selepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam. Bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. Air urine tu la jugak menyebabkan taugeh menjadi kaler putih berseri dan ranggup.

Bagaimana pula kalau nak tahu taugeh yang tidak disiram dengan air kencing? Taugeh tersebut kekuningan dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

Menurut orang tersebut, ada kawannya yang pernah buat lawatan ke pusat-pusat penanaman taugeh di beberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. Kawannya terjumpa satu bilik khas simpan air kencing untuk disiram pada pokok taugeh tu.

Kenapa hanya taugeh disiram air kencing yang dibisingkan sedangkan banyak lagi sayuran lain mengunakan baja urine?

Sebabnya taugeh adalah sejenis pokok menyimpan air siraman terus dalam
batangnya tidak seperti sayuran lain. Sayuran berdaun hijau mengalami fotosintesis semasa proses penyerapan baja atau dengan erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat dari baja.

TETAPI taugeh terus menyerap apa yang disiram sebab pertumbuhan
tumbesaran bukan secara fotosintesis. Itulah menyebabkannya berbau semacam kalau disimpan masa 3 hari.

Namun, ada pendapat lain pula memberitahu bahawa taugeh tersebut TAK di siram dengan air kencing. Tetapi disiram dengan sejenis bahan kimia yang bau dia seakan-akan air kencing orang panggil dia 'santoso'. Bahan kimia tersebut datang dari Thailand dan China. Kandungannya boleh digunakan untuk merangupkan taugeh. Sebenarnya ia adalah bahan kimia ni tidak baik untuk kesihatan. Kandungan bahan kimia nih boleh menjejaskan kesuburan malah boleh menyebabkan kemandulan. 

Kesimpulannya, samaada taugeh tersebut disiram dengan air kencing ataupun bahan kimia tertentu ternyata taugeh sebegitu adalah tidak baik untuk kesihatan. Mungkin ada baiknya, buat taugeh sendiri je lah. 





P/S: Yang setahu Lin, kalau makan taugeh selalu, boleh jadikan badan kita gemuk..itu aje yang Lin tau.*jiran  India sebelah uma dulu bagitau..huhuhu..

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. astagaa....

    pitammmmmmmmmmmmmmmm
    beribu2 tauger masuk badan...adoii

    ReplyDelete
  2. CR Ayu: Huhuhu mmg mengucap panjang tadi baca, sis pun bru tau huhuhu...

    Aduuuuh pitammm pelanggan klu dpt tau! Lpeas ni pastikan beli taugeh yg kuning2an tu ye Ayu..huhuhu

    ReplyDelete
  3. huhuhu.... tidak ku sangka, taugeh oh teugeh.. geliii la

    ReplyDelete
  4. Betoi ka sis? Ya Allah den suka bona mkn taugeh ni... eeee lps ni dh jd tak lalu dh nk mkn taugeh... nek geli plak..eeee

    ReplyDelete
  5. sbb tu tak selera tgk tauge ;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!