PETUA RAMADHAN: ELAK DARI LAPAR & DAHAGA

Sis Lin
2
Assalamualaikum wbt..

**autoupdate post**
Walaupun kita belum lagi sampai ke bulan Ramadhan, tapi Lin nak kongsikan satu Petua Ramadhan. Ianya sudah tentu ada kait mengait dengan rasa lapar dan dahaga.
Supaya boleh diamalkan dan dipraktikkan dulu sebelum membuat persiapan kita berpuasa nanti..

image search dr en.google


Petua Ramadhan yang saya maksudkan ialah;
Petua Mengurangkan Rasa Lapar dan Dahaga di Bulan Puasa

Mula-mula, syarat untuk anda mengamalkannya ialah mesti bersahur
Kalau anda tak bersahur, memang tak dapat den nak tolong. 

Semasa bersahur, anda boleh mengurangkan rasa lapar dan dahaga di siang hari dengan;

1. Sebelum anda makan nasi, buat dulu 3 gumpalan nasi. Mula-mula, anda baca Surah Al-Ikhlas sekali. Selepas membacanya, makan segumpal nasi yang telah digumpal tadi.

Seterusnya, ulangi dengan membaca Surah Al-Ikhlas dan makan segumpal nasi untuk kali ke-2 dan ke-3.
Sesudah itu, barulah anda makan nasi beserta lauk pauk yang ada seperti biasa.


2. Apabila selesai makan nasi, berselang-selilah berselawat ke atas Nabi S.A.W dan memakan buah kurma pula. Selawat sekali, kemudian makanlah sebiji kurma.

Ulangi langkah 2. ini sebanyak 7 kali.

Untuk pengetahuan anda, petua ini amat sesuai diamalkan oleh individu yang bekerja berat dan banyak menggunakan tenaga di siang hari seperti buruh kasar.
Apa yang lebih penting, petua ini juga merupakan amalan Nabi S.A.W.
Ini kerana, ayat-ayat yang terdapat dalam Surah Al-Ikhlas ini dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin-Nya.

Manakala, jika kita amalkan memakan 7 biji kurma setiap hari, iblis tidak akan mendekati kita juga dengan izin-Nya.

Akhir kata, mudah-mudahan petua ini dapat diamalkan untuk persiapan menjelang Ramadhan nanti..Insya'Allah dengan izinNya, kita akan dapat menjalanan ibadah puasa dengan rasa bersyukur dan tawaduk'..

Selamat Mencuba!






P/S: Pejam celik pejam celik..tup2 lagi seminggu saja..Welcome! Ramadhan..


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam kenal...

    thanks for the info...sangat berguna pada deknie dan pembaca yg lain...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!