Assalamualaikum wbt..
Selamat pagi semua, anda puasa? saya juga puasa..hehehe *apa punya soklan daaa*
Kalau kata puasa mesti semua akan kata 'kurus le aku'.kan? tapi tak kurus2 juga..hahahaha *sama jugak dengan aku*..;p
Mana nak kurus, sahur bangun makan tak lalu, teguk air makan kurma terus sambung tido, tapi bila time buka, masya'Allah, nafsu mengalahkan peniaga kat bazar ramadhan! *termasuk juga aku* ..kakakakah!
Jadi senang cite, aku nak KURUS wei!, so kena fikir fikir camne nak kurus, takde usaha macam mana nak berjaya, kan kannnnn...tak kesah le cara apa janji cara yang halal dan sihat, tak payah nak control2 makan tu, nak makan apa, amik dan telan!.cuma cara advance aje supaya kurus dalam diam..hehehe
Terbaca pulak yang sekarang ni ramai orang tengah minum susu ALPHA LIPID S2 ni..ermmmm ada sapa2 yang dah cuba? Harga memang mahal woooo, tapi seminggu boleh turun 2-5kg, itu yang menarik tu..
Tapi sebelum apa2 kita baca dulu dan fahamkan dulu tentang Diet Alpha Lipid S2 ni dulu ye..
Yang dah memang kurus tu untunglaaa, so baca diam2 ye!!!
Cara pengambilan sd2 semasa berpuasa... pesanan dari En.Kamarul Nordin...
Sila baca dan fahamkan ye...
Sejak kebelakangan ini saya kerap menerima soalan tentang cara-cara mengambil SD2 semasa menjalani puasa disiang hari. Walaupun belum masuk bulan Ramadhan, maka telah ramai memulakan kewajipan berpuasa samada berpuasa sunat, puasa ganti atau puasa Rejab, Syaaban dan terus puasa Ramadhan.
Apabila kita berpuasa, maka ada beberapa pantang semasa berdiet SD2 yang perlu kita perhatikan. Pantang SD2 yang pertama adalah jangan berlapar atau tidak mengambil apa-apa makanan lebih dari 6 jam sewaktu kita jaga. Namun begitu kita masih boleh berdiet dan mengambil SD2 sambil berpuasa kerana kewajipan berpuasa adalah lebih penting cumanya metabolisma kita menjadi perlahan sedikit dari biasa tetapi berat kita masih boleh turun. Apabila kita sudah berbuka nanti makanlah dengan kenyang tetapi tetap tidak mengambil karbohidrat dan gula serta minumlah air yang banyak untuk menggantikan air yang hilang sewaktu siang.
Perkara atau syarat yang lebih penting untuk kita perhatikan sewaktu berpuasa adalah kita mestilah memakan cukup protien semasa berdiet. Cukup protien disini bermaksud kita masih perlu memakan 2 skup sebanyak 4 kali sehari apabila kita telah berbuka. Maka bolehlah buat penyesuaian pada waktu malam tentang jarak memakan SD2 sebanyak 4 kali itu mengikut jadual masing-masing.
Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).
Contohnya: 1 kali waktu sahur, 1 kali waktu berbuka, 1 kali selepas makan malam dan 1 kali lagi sebelum tidur. Namun begitu jika anda merasakan 4 kali adalah terlalu mencabar pada waktu malam, boleh juga mengambil 3 kali pada waktu malam dengan jumlah keseluruhannya 8 skup juga. Sebagai contoh: 1 kali waktu sahur (3 skup), 1 kali waktu buka (3 skup) dan 1 kali lagi sebelum tidur (2 skup).
Saya sangat menekankan perkara ini kerana sekiranya anda berdiet dan berat badan anda masih turun tetapi anda tidak memakan cukup protien maka ini akan meninggalkan kesan yang tidak elok pada badan anda. Kesan yang pertama adalah apabila anda turun berat badan nanti maka kulit ada tidak cukup tegang, kendur dan nampak cengkung. Sekiranya cukup memakan protien maka kulit anda akan nampak lebih tegang, tidak kendur, sihat serta warna kulit sepatutnya nampak lebih cantik. Kesan kedua adalah apabila tidak cukup memakan protien maka apabila anda turun berat badan, tisu badan atau lean mass anda tidak dilindungi dan jika anda berhenti berdiet nanti maka lemak akan lebih cepat terkumpul dan anda akan mengalami kesan berat naik mendadak seperti program diet yang memakan ubat-ubat diet yang ada dipasaran. Sekiranya tisu badan atau lean mass anda dilindungi dengan memakan protien yang cukup maka anda tidak akan mengalami masalah berat naik mendadak ini.
Itu sebabnya saya tidak menggalakkan samada alasan anda berpuasa atau malas atau akal terlalu bijak hendak menjimatkan duit maka anda tidak mengambil SD2 seperti yang sepatutnya iaitu 2 skup 4 kali sehari. Sekiranya anda hanya ingin menjalani fasa pengekalan atau maintenance, maka tidak perlu mengambil SD2 tetapi cuma menjaga kadar karbohidrat yang anda boleh ambil atau dipanggil Critical Carbohydrate Level of Maintainence (CCLM) yang selalunya lebihkurang 100g sehari. Tetapi apabila anda masih mengambil SD2, maka makanlah cara yang betul supaya anda tidak mengalami kesan sampingan yang tidak baik yang saya ceritakan sebelum ini.
Berani cuba, berani tanggung, kalau tak kurus juga, memang masaalah mencangkung kot! (tak buang air besar)..
P/S: Harini mau masak ikan caru terutup serai..yummmmmy.
tidak mengambil karbohidrat? owh no no no...
ردحذفnak kurus konon.nampak murtabak beli, nampak nasi beli belum kira masak kt rumah lagi.haha.samelah kite semua.minum alphalipid boleh kurus?emm.boleh cuba.
ردحذفmeletups la raya nnti...
ردحذفayu tak leh tak ambil nasi..
ردحذفwawawawa
saya skang tgh ambil sd2 ni. sblm ni ada amik produk lain tp semua tu macam slow sgt nk turun berat.. mmg mula2 rasa macam ' eh..boleh ke kalau aku xmkan nasik ni? ' tapi alhamdulillah ni dh tin ke2. berat mmg turun..badan pn dh mula shape. puasa pn x letih siap boleh berjalan dr ofis g bank xnek kete.. apa yg penting air kena minum byk..makan jgn tahan lapar. makan ikan byk, ayam sekor pun boleh yg penting jgn ambil karbo, gula. hehe :)
ردحذفnk tanya. i sdg ambil sd2 baru 5 hari. jika nk maintai 8 sudu sehari, kdg2 sy termiss utk mlm punya sbb tertido. so sy ambik juga dlm kol 4 pg sblm sahur. then lepas sahur sblm imsak dlm 5.30 sy ambik lagi sekali dlm 3 skoop. ok ke mcm tuh. ada effect tak nanti. tq
ردحذف<--- baru mencuba 2hari, jadi tak dapat beri komen apa2..huhuhu
ردحذفTq 4 the tips.. :)
KC malas diet. lmbt lagi kot KC nak kurus? hehehe.
ردحذفKC malas diet. lmbt lagi kot KC nak kurus? hehehe.
ردحذفni dipanggil atkin diet... memang byak penurunan jika amalkan diet ni kerana tenaga yang pada asalnya diambil dari sumber karbohidrat diganti dengan lemak. maksudnya jika kita hadkan pengambilan karbohidrat,badan secara otomatik akan gunakan lemak yg ada dlm badan kita sebagai sumber tenaga.
ردحذفjika ikut atkin ada 4 fasa dlm sistem diet ni.
suami saya pun sedang malkan diet ni. alhamdulilah seminggu percubaan dah turun 6kg :)
yah.. diet awalnya doank.. hahaha..
ردحذف