Assalamualaikum wbt..
MasyaAllah masa cepat betul berlalu, pejam celik rasa pelik dah masuk bulan Haji (Zulkaedah) kan? Sudah tiba masa bakal2 haji bersiap sedia menunggu penerbangan mereka ke tanah suci Mekah, insya'Allah kita semua doakan moga mereka semua selamat pergi dan selamat sampai dan mendapat haji yang mabrur..Aamiinnn..
Dan Lin juga mohon maaf la ye, kalau sepanjang Syawal tu Lin takde update dan jenguk2 blog kowang semua, nan ado pun bila ada time klik2 jenguk blog masak2 je tengok respi untuk menu tetamu yang nak datang, kebizian melanda sepanjang Syawal..;(
So amacam hari raya kowang? Banyak dapat duit raya? Banyak keluar modal raya tahun ni? kekekeke ;p
Tak apa, rezki mereka yang memerlukan dan mudah2an rezki kita akan datang tanpa di duga..kan kan?
Ok laa, malas nak coleteh panjang2 lagi, nak tengok gambo raya tak? Ok2 Lin upload gambo2 raya serba sedikit dan caption pendek aje untuk tatapan kowang semua ye.. :)
Cite dan update lain akan menyusul kemudian...Layannnnn...*mood berombak2 ni..
*Tema tahun ni 'Jingga Penuh Kasih Sayang'..Memang terang cerah dan silau mataaa..hehehehehe
*tema pilihan mr.hubby...
*Paling byk beraya bersama blogger2 ni. Masa ni Lin, Sue Joshua beraya di rumah pencinta kucing iaitu Kasawari.
Menu Pn.Azlinda masak, nasi putih lauk kampung, memang sedappp!
*Dan juga time raya ni musim owang kawin,hehehe termasuklah teman blogger lama ni Dhir Janggut & Fara..
Dulu Dhir ni blogger fofular promote masakan menu Restoran Man Janggut, tukang kejut orang sahur pun ye..hehehehe
Selamat Pengantin Baru DhirFara...
*Rumah utama yg mesti dikunjungi, tak lain tak bukan rumah Mat Gebu.
Chef utama dalam blog/Fb, sapa tak kenal memang ko buta IT le...;p
Ramai gilerrr, tapi kebanyakkannya ramai dari geng Johor, Kak Ct Delima, Ayu CR, Oh Oeya, Gadis Bunga, Mak ET, Kak Yati memories, Sunah, Sue Joshua, Kasawari dan tetamu utama kita Qaliff Ben Ashaari & Family, datang jauh beb! Tq all...
*Haaa tengok tu, meriah kann? Geng yg lain2 dah balik, yang kita ni tak reti2 nak balik, tapi pinggan semua settle ok dah basuh..hahahaha ;p
*Habis beraya dengan blogger, terus bizi beraya dengan Geng Setaman Lin, memang 2 minggu beraya bersama mereka tak cukup perut nak isi, inipun tak cukup forum bergambo, masih ada lagi yang tertinggal, tapi memang the best raya bersama mereka!!!
*Time raya time ni le promosi LegoLand bermula, so tak lepaskan peluang, lepas beraya sana sini, singgah juga ke LegoLand beraya, cuma takde dapat duit raya je..kekekeke
Sapa yang belum beli tiket, cepat2 selagi promosi mash ada..hehehe
*Kalau kat Johor memang tak sah kalau takde Marhaban/Baraan kan? Jadi tahun ni Lin ikut lagi join Marhaban dan pada malam tu sebanyak 5 rumah, rumah Lin yang no 3, jadi hidang apa yang sempat, makan kat rumah no 5..Thankx fren sudi datang..
*Sekali lagi ke jemputan kawin blogger lama, Dhir Janggut, tapi kali ni jumpa plak dengan blogger Kasawari, Aie dan blogger MynurKasih,Kak As Ridhwan yg dulunya duduk kat New Zealand tu..
Jgn tak caya, pusing sana sini, duduk setaman dengan Lin hahahahaha...
*Dan sebagai penutup raya semalam, setelah 18 tahun tidak bertemu mereka (ex SMMB) akhirnya kami semua berjumpa jua dalam plan yang tidak dirancang.
Trima kasih Izam, Juwita dan Indah, kowang memang the vasss dari dulu hingga sekarang, chaiyokkk!!!
P/S: Pada yang sudah bertunang dan berkahwin, selamat bertunang dan selamat pengantin baru, moga kekal ke syurgaaa, Aamiinnnn...
ku baru baca kisah rayamu.
ReplyDeletememang best semuanya..
Raya Aidilfitri dah abesss ar weiiii! Ni ketinggalan ketapi ke LRT ni..hahahaaaa
ReplyDeleteApapun sue nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilafha yang akan menjelang tak lama lagi kepada Sis Lin yg tersayang, muahhh..muahhh