BERUSAHA UNTUK BERUBAH

Sis Lin
1
Assalamualaikum wbt....


Kebaikan dan kejahatan yang sebati dengan diri akan memandu empunya jasad ke arah yang bersesuaian dengannya. Sama ada ke arah kejahatan, atau pun kebaikan. Kalau jahat, maka jahatlah jadinya. Kalau baik, maka baiklah juga jadinya.

Perkara yang baik dan jahat itu, akan menjadi darah dan daging manusia tanpa disedari. Kecenderungan ke arah kebiasaan pada perkara-perkara yang dilakukan boleh menenggelamkan empunya jasad. Bezanya, tenggelam secara perlahan-lahan atau pun dengan kadar yang cepat.

Manusia, pasti ada yang ingin berusaha untuk berubah.
Jika seseorang membuat perkara yang agak jahat pada mulanya, maka saya jamin, selepas itu akan ada perkara jahat yang lain lagi akan dilakukannya. Mungkin, bermula dari perkara jahat yang kelihatan agak remeh, tapi lama-kelamaan pasti akan melakukan sesuatu yang lebih besar; dosa besar.

Begitu juga, jika seseorang melakukan perkara kebaikan walau sekecil-kecil perkara kebaikan, pasti akan ada lagi kebaikan yang ingin dilakukannya. Seiring dengan melakukan kebaikan itu, jiwa semakin lapang! 

Apa yang saya dapat lihat, memang begitulah manusia. Jika meninggalkan perbuatan yang kurang elok, sebahagian diri pasti tidak keruan, meronta-ronta untuk buat lagi dan lagi. Tapi sebahagian diri yang lain, tidak mahu disebabkan ada satu sudut yang tidak membenarkan perbuatan itu; hati.

Nak berubah untuk menjadi baik tidak senang. Baik itu memastikan anda meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik. Tapi, untuk menjadi jahat sangatlah tidak susah. Perkara kejahatan sentiasa terbentang didepan mata, anda pilih!

Tapi, sesuatu yang saya sangat pasti..
Orang yang tegar buat perkara-perkara yang tidak elok tanpa ada sekelumit rasa bersalah, maka syaitan akan turut membantunya untuk menguatkan lagi keinginannya kepada kejahatan. Syaitan akan memantapkannya ke jalan kejahatan sehinggalah dirinya mendapat natijah akan setiap perbuatannya.

Dan orang yang berusaha untuk membuat perkara kebaikan, pasti ALLAH akan membantu dan memberikan kemudahan walaupun kadangkala jiwa akan memberontak. 

Kekuatan jiwa itu sangat diperlukan untuk meninggalkan kejahatan jika ingin mendapat kebaikan dan pandangan rahmat daripada ALLAH SWT.

Wahai sahabatku “Hidup ini, memberilah sebanyak-banyaknya. Bukan menerima sebanyak-banyaknya!”
Marilah berubah untuk berubah...

Kredit: Datuk Dr Maznah Hamid







P/S: Merubah untuk berubah, 2 situasi yang berbeza... :)


إرسال تعليق

1تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Merubah ke arah kebaikab itulah hijrah dan hijrah sudah pasti memerlukan byk pengorbnan...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!