Assalamualaikum wbt..
Apabila seseorang itu membuat kebaikan atau pun sebarang pekerjaan, adalah normal kalau dirinya terasa berguna apabila dihargai. Lagi-lagi kalau pekerjaan yang dilakukan itu dengan sungguh-sungguh, disam
but pula dengan penghargaan yang baik, maka akan berbungalah hatinya. Itu biasa, bahkan akan mendorong dirinya untuk buat yang lagi terbaik pada masa hadapan.
Tetapi, manusia akan rasa sedikit ‘turun’ apabila usaha yang dilakukan dengan sedaya upaya itu tidak dihargai bahkan diperkecil-kecilkan. Itu juga adalah biasa bagi makhluk yang bernama manusia. Malah kadang-kadang akan membuatkan seseorang itu merasa tidak berguna dalam apa jua pekerjaan yang dilakukannya.
Apabila anda buat sesuatu kebaikan, anda buat pekerjaan dan menolong orang lain dengan sedaya upaya. Dengan harapan, moga dengan apa yang telah anda usahakan, orang lain itu akan lebih baik keadaannya. Tetapi, sebaliknya pula berlaku. Orang yang anda tolong itu sudah dalam keadaan yang baik, namun anda pula disisihkan jauh-jauh seperti orang yang tidak dikenali. Tidak cukup dengan itu, ada pula yang akan memusuhi anda seolah-olah anda itu pernah membunuh ahli keluarganya. Maka, janganlah merasa hairan dan sedih.
Kalau tidak mahu terluka, jangan mengharap lebih-lebih. Senyum!
Sifat manusia memang pelupa dan suka melupakan sesuatu.
Penghargaan dari manusia bermusim. Sedangkan penghargaan dari ALLAH itu sentiasa ada, hatta untuk penzina sekalipun. Begitu juga seperti kasih sayang diantara manusia, ada pasang surutnya, sedangkan, kasih sayang ALLAH itu sentiasa pasang bagi orang-orang yang dalam hatinya masih ada perasaan kasih.
Mari, Pujuk Hati
Ya, saya tahu. Banyak benda boleh melukakan hati manusia. Dan ini adalah salah satunya. Maka, adalah tidak berguna bila anda bersedih dengan perangai manusia yang mahir dalam bab tidak tahu menghargai.
Biarkan ia berlalu bagaikan angin.
Apa yang penting bagi anda adalah, jangan kerana orang-orang yang tidak tahu menghargai segala usaha anda, maka anda pula akan berhenti memberi kebaikan kepada orang lain.
Orang yang memberikan atau melakukan sesuatu kerana ALLAH, dan kerana perikemanusiaan, pasti akan merasa tenang. Kerana, keberkatan daripada perbuatan sangat cepat dirasai apabila manusia mendidik hati untuk lebih ikhlas dan tidak mengharapkan pujian orang semata-mata.
Anda bersedih? Anda akan rugi.
Anda senyum, maka anda akan bahagia.
Manusia itu, harus juga bijaksana dalam buat kebaikan.
Semoga ALLAH merahmati sahabat semua!
Kredit: Datuk Dr Maznah Hamid
P/S: Orang tak layan?..ermmm ada aku kesah!.. :p
assalam
ردحذفsetuju ssgt..
thanks bkongsi sis lin
sayang kamu ketat2
Terima kasih. Saya dalam kesedihan kerana merasa tidak dihargai.
ردحذف