KERUTUP CARU RESPI MAT GEBU

Sis Lin
2
Assalamualailkum wbt..

Hari2 mau masak, hari2 mau fikir masak apa, sampai dah buntu tak tau nak masak apa, padahal lauk dalam peti ais tu penuh, apa nak semua ada, tapi kalau lauk ada, bahannya tak cukup pun jadi malasssss kann..ishhh penyakit malas ni memang susah betul kalau dah datang hinggap..huhuhuhu
Tapi kerana ngajin terlebih sejak beberapa harini, jadinyaa kelmarin aku belek2 blog dapur jiran nun di Sedenak tu Cik Mat Gebu, nak cari respi ikan caru, dan ternampak pulak respi kerutup udang tu, ermm kerana udang takde, yang ada ikan caru jadi belasah je la, janji nakkan respi tu je, bahan utama kita boleh godeh...heheheh ada aku kesah? :p
Okeylah, lauknya pun dah habis, tapi aku nak share juga kat sini..Kalau kowang nak cuba, kowang boleh test juga ye, memang sedap, enak dan tidak terlalu pedas, nak pedas tambah lada lebih...
*respi aku copy paste dari SINI



BAHAN-BAHANNYA :

1 kg udang galah (atau udang bersaiz besar)
400 ml pati santan
160 ml sos tomato
2 camca besar kerisik
2 camca teh gula melaka
Garam secukup rasa

A...
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 camca besar cili kisar
1/2 biji bawang besar

B...
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga

C...
3 cm kayu manis
2 kelopak bunga lawang
2 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca besar ketumbar

CARA MEMBUATNYA :


1. Udang dibersihkan, buang kotoran dikepala, cuci, toskan. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng hingga udang kemerahan. Angkat dan toskan. Kisar halus bahan2 "A". Masukkan bahan2 "C" ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak hingga harum, kemudian kisar halus rempah tadi (gunakan pengisar kering). Ketepikan.
2. Panaskan lebih kurang 100 ml minyak dalam kuali, tumis bahan "B" hingga wangi, masukkan bahan "A" (yang kisar halus) dan tumis hingga harum. Tambah bahan "C" (rempah kisar kering), kacau rata dan masak hingga naik bau.
3. Tambah, sos tomato, gula melaka dan pati santan, kacau rata dan masak hingga mendidih, gunakan api sederhana. Tambah kerisik, masukkan udang, gaul rata. Masukkan garam secukup rasa dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh alih ke dalam bekas sesuai.
4. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan jika suka....
Sedapppp!!, tak caya luu boleh try sendiri beb!!!!





P/S: Kalau nak sedap makan panas2 dengan nasi panas,perghhh mantop!!!


Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. serius! Nampak sangat sedap, nasib baik dah habis, kalau tak kita datang rumah, hehe

    ReplyDelete
  2. Pedas x? Klu pedas konpom sedap :p

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!