Assalamualaikum wbt...
Kalau nak tau Lin ni jenis pengguna setia, kalau dah pakai sesuatu yg tidak mendatangkan masaalah, jadi memang Lin akan guna sampai laa bila2. Macam sekarang ni, Lin adalah pengguna DiGi dah hampir 23tahun rasanya, cuma nombor aje dh 3x tukar tapi still line DiGi, dari sebelum kahwin lagi dah melanggan, sebab mana2 Lin pergi atau pindah rumah, line ok dan internet pun ok, tiada masaalah, cuma kalau balik kampung MIL kat Sabak Bernam tu, hancusss takde line..hehehe
Macam juga P1 Wimax ni, Lin dh guna untuk internet rumah hampir 3tahun setengah, tiada masaalah dan ok je, tapi terbaca pulak rungutan komplen dan aduan pelanggan yang agak terkejut jugak hingga sampai nak di senarai hitamkan kalau tak bayar tunggakan bayaran..errmm cuak jugak daku dibuatnyaa...
Tapi kenapa jadi macamtu tak tau le, Lin pun baru dapat tau dan baca ni tadi, kejap lagi mau research2 baca dan fahamkan kenapa, buat masa ni Lin dengan servis P1 Wimax ok je...so tiada le masaalah, tapi tak tahu le lepas2 ni, jangan buat hal haaaa...
Inilah P1 Wimax kita kekekekee...
Lin baca berita ceritanya dari blog Amanz
P/S: tunggu rumh baru baru nak pasang UniFii...hehehehe
psst lamo tu "23" tahun... hehehehe
ReplyDelete@anakomak: iyo laa, dr sebelum kawin dah guna DiGi..kekeke
ReplyDeleteSalam sejahtera, terima kasih kerana menjadi pelanggan setia kami dan kami amat menghargai sokongan yang ditunjukkan saudari melalui blog ini. Umum mengetahui bahawa isu CTOS telah sedikit sebanyak menyebabkan pelanggan kami sepertimana saudari menerima tempias daripada isu tersebut dan kemungkinan juga keyakinan saudari terhadap P1 sedikit sebanyak telah tergugat disebabkan penyebaran berita terebut. Yakinlah prosedur P1 mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang tertera di dalam kontrak anda. Sekiranya musykil, hubungilah kami melalui careline@p1.com.my or http://p1.com.my/customercare dan kami akan membantu seberapa boleh untuk menjawab sebarang kemusykilan.
ReplyDeleteSekian, terima kasih.
saya sebenarnya sayang juga nak terminate p1 ni almaklumlah dah lebih 3 tahun guna.selagi ikut pada procedure yang di tetapkan insyaALLAH tiada masalah cuma biasa laa setiap SYSTEM tak semestinya sempurna. saya yakin perkara terjadi macam ni banyak punca salah satunya tak baca betul2 syarat2 sebelum langgan dan system yang di gunakan oleh P1 pun sudah pasti ada 'BUG'nya. saya sebenarnya terpaksa terminate P1 apabila masalah yang saya hadapi tidak dapat access internet selama dua minggu dan bantuan daripada teknikal team tidak dapat membantu lebih2 lagi masa teknikal team hanya pada waktu bekerja sahaja.
ReplyDeleteSalam.. kepada tuan puan yg nak tahu lebih lanjut ttg masalah P1 terhadap pelanggan blh masuk.ke group fb P1 WIMAX SUCKS. Banyak cerita dan masalah dari beribu2 pelanggan P1. Terutamanya apabila sudah terminatr dan selesaikan bill dan kembalikan modem..pihak P1 tetap mengenakan bayaran bulanan sehingga nama mereka di CTOS. Dan penipuan ttg quato internet. 20gb quato habis dalam masa beberapa minggu walaupun pelanggan hanya menggunakan untuk bermain fb dan email. Dan masalah coverage,dimana promoter mengatakan di kawasan rumah pelanggan ada coverage p1 tetapi apabila pelanggan pulang tiada liputan internet. Apabila pelanggan memulangkan modem dan ingin membuat pembatalan servis,prosedure pembatalan amat rumit walaupun masih dlm tempoh percubaan langganan. Kerumitan yang dialami pelanggan adalah hendak membuat pembatalan servis mestilah hanya di HQ P1. Bayangkan pelanggan dari perlis?
ReplyDeleteP1 wimax adalah internet berkelajuan 4G,tetapi rata2 pelanggan hanya menikmati kelajuan internet 3G (<2Mbps).
Banyak lagi isu isu dapat dikehadapankan oleh orang ramai apabila tuan puan mendengar sendiri di dalam fb group P1 WIMAX SUCKS.
Terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT.
Ambo dah paka p1 dah 3 taung takdok masalah pong
ReplyDelete