CACING PUNCA BATUK BERPANJANGAN

Sis Lin
2
Assalamualaikum wbt...

Bila kali terakhir korang makan ubat cacing? Jangan ingat kanak-kanak je kena makan ubat cacing, orang dewasa pun kena makan. Penting tau makan ubat cacing, jangan main-main..
Lin pun baru tau rupanya ubat cacing kena makan 2 kali setahun. Sebagai langkah pencegahan walaupun kowang takde cacing..

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia
Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak nampak, ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah.
Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Tanda atau Gejala Jangkitan
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Demam, ruam-ruam badan, alahan
Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)


Kesan Kecacingan
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.
Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.
Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran (Stephenson et al 1998).


Pencegahan dan Rawatan: Apa yang anda perlu buat :-
Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
Potong kuku pendek
Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada


Pemberian Ubat Cacing
Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu..

*Jemput makan ubat cacing..hehehehe





P/S: Siapa yang betuk berpanjangan, sila makan ubat cacing bukan ubat batuk kekeke..


إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Perkongsian yang menarik..Tak tau pulak batuk merupakan salah satu tanda ada cacing..Sekurang2 nya, mencegah lagi baik dari merawat kan..^_^ Thanx sharing..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!