JIKA ANAK DEMAM

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt..

Walaupun Lin ni takde anak kecil atau baby atau anak yang masih perlu di tepuk tido dibuai didukung tapi Lin suka baca petua dan cara merawat penjagaan baby sebab ramai anak2 sedara Lin yang masih kecil2 lagi, dan ada adik yang bakal melahirkan, tahun ni je bakal dapat 2 orang anak sedara, haaa jadi mak Long tumpang gentel ganyang romos je la anak sedara yee..
Pagi ni awal Subuh research cari nak merawat kalau anak demam, sebab sekarang musim demam, sana sini kawan2 mengadu anak2 demam, sini demam sana demam, kita yang dengar ni risau jadinya kan, so dapat satu srtikel bi cara dan penjagaan jika anak demam.
Jom kita baca dan share kat kawan2 ye. Moga manfaat buat semua..

Jika Anak Demam ..

Jika anak demam…pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun, contohnya: kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk, samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

• Bila selsema …tetap mandikan 3 kali sehari…supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku, anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak ada selsema, alhamdulillah maksimum kene pun 3 hari.

• Batuk….tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar….dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytime die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)

• Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

• Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi….jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi..Even doktor turut pesan, jika anak demam …pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ….

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. 
Maka buat ibu baru….jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Sumber dari Petua Warisan ..





P/S: Petua boleh dicuba, dengan izinNya, insyaAllah sembuh, tapi kalau mudarat, bawak jumpa dengan yang Dr yang lebih arif ye.*sekadar perkongsian..


إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!