JIKA KAMU MEMANCING IKAN

Sis Lin
3
Assalamualaikum wbt...


Jika kamu memancing ikan.... 
Setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... 
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... 
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... 
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... 
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... 
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... 

Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
Cukuplah sekadar keperluanmu.... 
Apabila sekali ia retak.... 
Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... 
Akhirnya ia dibuang.... 
Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
Anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. 

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan 
hingga keakhirnya.... 

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
Yang kamu pasti baik untuk dirimu. 
Mengenyangkan. 
Berkhasiat. 

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. 
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal. 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... 
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. 
Menyayangimu. 
Mengasihimu. 
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.


*Gambar sekadar hiasan (sumber google)..






P/S: Moga manfaat, sekadar renungan bersama...sekian


إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Suka! Suka sesangatttttt entry ni! Hehhe senyum x perlu kata apa2

    ردحذف
  2. @anakomak: Kannnn..sangat terkesan dihati kannn.. :)

    ردحذف
    الردود
    1. Ye betul tp klu x paham gak... x gau ar nk kata apa kan

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!