Assalamualaikum wbt...
Berasa bagus adalah satu sikap di mana dia berasa dia amat bagus dan terlalu menunjukkan yang dia amat bagus. Contohnya “berasa” hebat, padahal faktanya tidaklah sehebat manapun!
Sikap berasa diri amat bagus dan perasan bagus adalah penghalang terbesar kepada kecemerlangan. Anda akan terhalang dari menjadi cukup kreatif, kemudian ia akan menjejaskan perhubungan anda dengan orang sekeliling, kawan-kawan anda, ahli keluarga mahupun dengan suami/isteri anda.
Ramai yang “berasa” beriman padahal itu hanya perasaan saja. Namun, kata-katanya sering menyakiti hati orang. Bahkan ada masa pulak menyelidiki kehidupan peribadi orang lain, khususnya kelemahan dan aib orang lain kemudian dihebah-hebahkan.
Sikap perasan bagus dikategorikan sebagai salah satu sikap negatif, kerana ia menjadikan anda cenderung untuk memandang rendah pada orang lain. Kesannya dalam jangka masa panjang, sikap perasan bagus akan membuat anda semakin tidak cemerlang, prestasi anda terjejas dan emosi anda jadi semakin rapuh, semakin down!
Ada juga yang “berasa” kaya raya padahal hidup dengan berhutang dan menipu orang. Berkereta mewah, pakaian berjenama, perfume mahal, handphone canggih, padahal semuanya hutang. Penyakit “berasa” kaya raya juga boleh mengakibatkan papa kedana.
Sikap perasan bagus tak boleh disimpan lama-lama. Sikap itu kena diubah, ditinggalkan secara bertahap. Buang sikap tu jauh-jauh. Kita tak boleh buang sekaligus, tapi kita boleh melatih diri untuk membuangnya langkah demi langkah.
Untuk nak membuang sikap perasan bagus, latih diri anda supaya suka belajar sepanjang masa. Pelajari sesuatu dari orang yang anda lihat lebih mahir dari anda dan jangan pernah merasa diri anda sudah cukup bagus.
Jangan terlalu cepat berpuas hati tapi teruskan belajar, belajar belajar benda baru dari apa saja sumber. Lama kelamaan anda akan semakin bagus dalam apa yang anda usahakan tanpa anda menyedarinya. Anda akan semakin bagus, tahap kebagusan anda akan terus meninggi, meninggi lalu semakin meninggi.
Mulai hari ini, buang sikap perasan bagus. Puji dan kagumi orang yang kerjanya bagus, perangainya bagus dan attitudenya bagus. Kemudian, cabar diri anda untuk cuba atasi tahap kebagusan yang dipamerkan olehnya!
Cubalah duduk sejenak. Lalu, periksa kesihatan “mental” anda. Apakah ada penyakit “BERASA” di dalam diri anda?
Kata mutiara dari: Datuk Maznah Hamid ...
P/S: Moga Allah jauhkan aku dari sikap berasa bagus itu...Aku yang tak sempurna.. :(
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.