Assalamualaikum wbt..
Bila tuanrumah blog tengah berdiet, jadi kalau resepi dan menu asyiklah yang berkuah dan sup2 je, sampai anak2 pun dah mula bising, asyik sup je hahahaha..
Takpela, walaupun sup, tapi ditambah dengan pelbagai bahan, haa kenyang sampai ke petang juga kalau makan sepinggan..kan kan kan..
Untuk kali ini Lin share resepi dan menu 'Soto Ayam Begedil'
Nampak senang, tapi dekat setengah hari duduk dapur kerjakan menu ni tau..huhuhu
Ok nak jemput pun sotonya dah habis, jadi jemput tengok je la ye, nak cuba silakan..
Bahan-bahan untuk kuah soto.
- 1 biji bawang besar **
- 5 biji bawang merah kecil **
- 5 ulas bawang putih **
- 5 cm halia **
- 1 batang serai (diketuk)
- 1 sudu rempah sup
- 1 sudu serbuk ketumbar
- 4 sekawan (cengkih, bunga lawang, kayu manis, dan buah pala)
- 3 mangkuk air (boleh juga ditambah mengikut saiz hidangan)
- Garam secukup rasa
- 1 kiub pati ayam
- 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
Cara membuatnya..
1. Kisar halus kesemua bahan yang bertanda **.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi.
3. Masukkan juga 4 sekawan, serai, rempah sup, dan serbuk ketumbar.
4. Tumis kesemua bahan tadi sehingga naik minyak.
5. Masukkan air, kiub pati ayam, dan garam secukup rasa.
6. Apabila mendidih, masukkan ayam.
7. Setelah masak, keluarkan ayam dan toskan.
8. Kemudian, ayam tadi disiat halus-halus dan asingkan.
**Untuk resepi Begedil, klik SINI
**Soto Ayam dimakan bersama dengan nasi himpit. Boleh ditambah dengan tauge, kacang tanah, sambal kicap, begedil, soon goreng, dan juga perahan limau kasturi.
P/S: Makan dengan sambal kicap pedas sampai hitam kuah, sedapnyaaaa..yummmy!
Wah wah.... aku mmg konpom tolong makan je laaaa haha
ردحذف@anakomak: Nanti datang JB, aku masakkan untuk ko ye..makan sampai licin ye.. :)
ردحذفErkk..... nak bihun tau..x nk nasi impit hahha
ردحذف