SALAM MAULID AL-RASUL 1435H

Sis Lin
1
Assalamualaikum wbt..

Selasa 14hb Jan 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H
"Wasatiyyah Tunggal Kesatuan Ummah"


Menyambut Maulidur Rasul ialah menzahirkan kegembiraan dan mensyukuri nikmat dan rahmat Allah ke atas alam semesta ini. Sebesar-besar nikmat yang sempurna dan rahmat ialah lahirnya Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaum kamu, dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya, maka dengan demikian itu (kurniaan dan rahmat), hendaklah kamu bergembira dan mensyukurinya." (Surah Yunus, ayat 58).

Firman Allah lagi yang bermaksud: "Tidaklah Kami mengutuskan engkau (Muhammad) melainkan kerana memberi rahmat bagi sekalian alam." (Surah al-Anbiyaa' ayat 107).

Jelaslah memperingati dan memuliakan Maulidur Rasul dengan berselawat, membaca kisahnya, perjuangan suka dukanya menunjukkan kita menyintai Nabi Muhammad SAW dan sekali gus menyintai Allah. Firman Allah bermaksud: "Katakanlah kepada kaummu (Muhammad), jika sekiranya kamu menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah menyintai kamu." (Surah Ali-Imran, ayat 31).




Salam maulid al-Rasul SAW untuk semua khas dari BISIKAN HATI-SIS LIN
. Semoga dengan ini akan bertambah kecintaan kita semua kepada Baginda SAW, akan bertambah jugalah keimanan kita terhadap apa yang dibawakan oleh Baginda sebagai rahmat sekalian alam, dan juga akan bertambahlah kesedaran kita semua untuk sama-sama memperjuangkan amanah Allah yang pernah dipikul oleh Baginda SAW.

Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak meninggalkan kita begitu sahaja tanpa tugasan, Baginda telah meninggalkan tugas yang telah memuliakan umatnya berbanding umat-umat terdahulu, iaitu ‘dakwah fi sabilillah’. Usaha dakwah (mengajak semua manusia ke arah memperbanyakkan yang makruf [baik, benar dan hak] dan meninggalkan yang mungkar [dosa, maksiat dan sesat] hendaklah dipikul bukan sahaja oleh ahli-ahli yang berkelayakkan sijil agama (ustaz, ustazah, imam, kadi, hakim syarie dll) tetapi ia adalah tanggungjawab setiap muslim lelaki dan muslimah wanita dalam kadar bidang tugas dan peranan masing-masing.

Wallahu aklam.
*Entri harini semuanya berkisah tentang Nabi Muhammad saw.. :)






P/S: .Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali SayyidinaMuhammad.


إرسال تعليق

1تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!