AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1435H

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt...

Ya Allah, muliakan & sayangilah keluargaku, sahabat2ku juga saudaraku ini, 
Bahagiakan keluarganya, berkahi rizkinya, kuatkan imannya. 
Berikanlah kenikmatan ibadahnya, 
Jauhkan dari segala fitnah. aamiin. 

“AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN 1435 H” 
Mohon maaf lahir dan batin
 Semoga kita diberi kekuatan iman untuk menjalankan ibadah Ramadhan ini,
Dan semoga amal ibadah dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT. 
Mengingat Kata yang Salah, Hati yang Berprasangka, 
Janji yang terlupakan,Sikap & Sifat yang menyakitkan, 
Di hari awal Ramadhan ini ijinkanlah ku juga mengucapkan mohon maaf 
Semoga Ibadah Puasa kita menjadi berkah dan diterima Allah SWT.




Lafaz niat puasa harian fardhu Ramadhan:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ

 هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


“ Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala. ” 

Maksudnya : “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”. 


Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadhan. Iaitu berniat untuk sebulan Ramadhan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan Ramadhan, niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.



Lafaz niat puasa sebulan Ramadhan:


نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى 


"Nawaitu sauma shahri ramadhana hazihis sanati kullihi lillahi taala"

Maksudnya: "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."







P/S: Selamat berpuasa semua.. :)


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!