DERMA ORGAN

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah, apa yang Lin niat dan hajatkan tercapai juga akhirnya. 
Kat sini Lin nak share sikit macam mana bole terbuka hati Lin nak daftar sebagai penderma organ. Mulanya datang niat nak menderma, ketika hubby Lin masuk hospital kena serangan jantung pada 1 Syawal tahun lepas, masa tu ada seorang pesakit di dalam bilik ICU sedang menunggu organ buah pinggangnya sampai ke hospital untuk di tukar ganti, kata anaknya ada penderma yang ingin menderma kepadanya, dari cerita anaknya, kat situ Lin dah terdiam dan fikir macam2.
Banyak juga soalan Lin tanya kat dia sebelum dia di tukarkan ke wad lain.

Lepas dari itu, Lin tak buat apa2 lagi dan senang cakap tak tau kat mana nak tau lebih lanjut pasal derma organ ni, ada juga tanya kawan2 tapi semua tak tau, jadi niat tu diam aje. Dan mungkin Allah nak tunjukkan, masa hubby Lin gi medical check up, ada ternampak satu kenyataan Derma Organ ni di dalam lift, rupanya ada pages Derma Organ di FB, so Lin dah tau lah macam mana nak dapatkan info.

Bila dah bukak pages dan web nya, dan baca info2 dan syarat2 nak mendaftar sebagai penderma organ ni, orang pertama Lin bagitau ialah Mak lin, bila cakap aje Lin nak mendaftar, nangis pulak mak tu, adeii serba salah pulak, tapi puas juga Lin terangkan pasal benda ni, akhirnya Mak redha dan beri izin, kemudian baru bagitau adik2 juga kawan2.
Lepas seminggu baru Lin cari idea macam mana nak minta izin dengan hubby Lin pulak, sebab kalau hubby tak setuju, maka tak tercapailah syarat dan niat Lin, tang tu yang Lin jadi takut kot2 hubby tak setuju, dari mula Lin bukak molot bagitau dia, hubby diam aje, nak kata setuju pun tak, nak kata tak pun tak, so Lin tanya banyak kali dan banyak hari, izin ke tak izin? terus dia jawab YA..

Alhamdulilah, lepas dapat keizinan semua waris, Lin terus daftar melalui online. Dan selepas sebulan Lin terima kad pendaftar sebagai penderma organ tu..
InsyaAllah, niat murni Lin sebagai pendaftar derma organ mungkin dapat menyelamatkan mereka yang memerlukan organ untuk teruskan hidup..
InsyaAllah..so kowang tnggu apalagi, tanam niat, sama2 kita mendaftar ya!
Satu Malaysia Satu Harapan..
Satu Ikrar Sejuta Harapan..




*Nak tekankan di sini, penderma organ setelah penderma meninggal, bukan ketika penderma semasa hidup ye...

Info lanjut dapatkan di DERMA ORGAN






P/S: Ramai orang yang salah angap dan berkata..yang penting 'nawaitu' ..


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!