DIY DETOX WATER

Sis Lin
4
Assalamualaikum wbt..

Sejak akhir2 ni, terperasan di blog, di IG, di FB, ramai yang sedang amalkan detox water ni, mulanya Lin tak rasa nak mencuba, sebabnya susah nak cari daun pudina tu, alasannya malas nak pi ke Jusco tu, kang dah ke Jusco, lain pulak carinya..hehehe
Nak jadikan cerita, waktu Lin ke gym, berbual2 dengan aunty Soo tu (my buddies gym), terbukak cerita air detox ni, dan dia cakap dia juga amalkannya tiap2 pagi..erkkk rasa tergugat sekejap, aunty tu dah umur 48thn woo still mantop, tegap, body maintain, tapi bole bergym workout dumbell fly lagi ko...huhuhuhu
Teruslah Lin tanya dia, mana cari dan beli daun pudina, dia kata kedai bawah berdekatan dengan uma Lin ni ada jual, wooo tak ku tahu pulak, kalau dari awal ku tahu, lama dah ku bikin itu detox water..huhuhu. Apalagi balik dari gym terus ke kedai singgah beli lemon, timun dan daun pudina..hehehe tu pun korek dengan aunty Soo camne dia buat air detox tu..hehehehe cara yang sama juga yang aku banyak search kat google orang buat..senang ajooo..
Dah 2minngu Lin amalkan minum air detox ni, walaupun tak lagi nampak slim melim, tapi rasa badan ringan, pembuangan uk uk pun lancar, yang bestnya, banyak keluar peluh, agaknya kalau jilat peluh tu, masin kot..wekkkkkk :p
Kalau kowang nak cuba, Lin share kat sini ye, tak payah nak susah2 guna bahan yang susah nak cari..guna yang senang cari... :)




OK, ni bahan-bahan untuk buat detox water yer..
Selalu buat dalam jug, tapi malam ni Lin buat guna botol, esok senang nak minum, tinggal sedut ajee hehehee..


Bahan-bahannya:
-Hirisan Timun
-Hirisan Lemon
-Beberapa helai daun pudina
-Air masak (terpulang sama ada nak buat 2 liter atau 1 liter)


Cara membuatnya:
-Masukkan semua bahan-bahan mentah tadi ke dalam bekas air. Kacau. 
Kemudian boleh simpan semalaman di dalam peti ais dan diminum keesokan harinya.


Boleh minum bila bila masa sahaja macam minum air kosong cuma air detox lebih sedap berperisa..
Antara kebaikan air detox ni :

pH dan tahap gula dalam darah yang seimbang
yang dibersihkan dan kawal usus
penurunan berat badan (lemak, bukan air) 
beban toksin berkurangan 
sistem imun diperkukuhkan
elak sembelit 
kehilangan keinginan untuk gula dan perangsang yang lain
pembersihan sel dan pembinaan semula 
berseri dan kulit sihat
sakit berkurangan dan alahan 
tahap tenaga meningkat







P/S: Banyak resepi detox water ni, dan bole guna buah2 lain untuk detox, yang tu kowang gugel sendiri ye..hehehe :)


إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Warghhh...kena try ni...tq sis sharing...

    Meh singgah
    http://kisahpondokkecil.blogspot.com

    ردحذف
  2. Salam..singgah dan follow sini
    Nampak sedap jer tu ..blh la cuba utk kesihatan takde salahnya kita mencuba.

    ردحذف
  3. Menarik. Betul saya pun asyik x jumpa daun pudina. Hehe.

    Nak try gaklah mcmni.

    www.mynutriqueen.com

    ردحذف
  4. nak try lah..
    berperisa skit. selalu minum air kosong mcm paksa2 je telan

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!