CARA MENGERJAKAN SOLAT GERHANA

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt..


Gerhana dan Cara mengerjakan solat gerhana

1. Gerhana berlaku apabila hilang atau berkurang cahaya. Ia terjadi apabila ada matahari, bumi dan bulan dalam perjalananya sama-sama terletak pada aras lurus.

2. Secara teorinya bumi itu bergerak di sekeliling matahari, dan bulan pun bergerak di keliling bumi, dan perjalanan bumi dan bulan itu kedua-duanya mengelilingi matahari.

3. Gerhana matahari berlaku pada siang hari dan ia berlaku apabila bulan berada antara bumi dan matahari , yang menyebabkan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bulan dan berlakulah kegelapan (gerhana) di bahagian yang setentang dengan sinar matahari yang tertutup dari dataran bumi.

4. Gerhana bulan terjadi di waktu malam iaitu apabila bumi berada di antara bulan dan matahari, menjadikan sebahagian cahaya matahari tertutup oleh bumi, terjadilah gelap ketika itu. Gerhana ynag terjadi itu ada kalanya hanya sebahagian sahaja yang tertutup dan ada kalanya seluruhnya.

5. Tempuh gerhana itu adalah tempuh masa kegelapan hingga datang semula cahaya. Biasanya gerhana terjadi di awal atau di akhir bulan qamariah/Islam. Apabila berlakunya gerhana kita disunatkan melihat gerhana tersebut dan mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan niat solat gerhana.Hukum solat sunat gerhana ialah sunat Muakad. Solat ni boleh dikerjakan bersendirian tetapi lebih utama dilakukan secara berjemaah

6. Cara mengerjakan solat gerhana, 

1. Niat solat gerhana.
2. Membaca al fatihah sesudah takbiratul ihram.
3. Ruku' dan Iktidal. Membaca al fatihah sekali lagi
6. Ruku' dan iktidal
7. Sujud dan kemudian berdiri ke rakaat yang kedua. 
8. Dan lakukanlah seperti yang dilakukan di rakaat yang pertama tadi.

Gerhana bulan: khusuf alqamari
gerhana matahari:kusuf alshamsi..

7. Khutbah sesudah solat gerhana.

Apabila selesai solat gerhana , maka disunatkan pula berkhutbah iaitu dengan 2 kali khutbah yang berisi pesan agar para hadirin membanyakkan taubat, membuat amal kebaikan, membanyakkan amalan sunat seperti bersedekah, solat, puasa sunat, menjauhi dosa dan maksiat serta kemungkaran, bertaqwa kepada Allah, meningkatkan ketaatan dan didorong agar mensyukuri nikmat Allah dan mengingatkan agar tidak lalai dan tertipu. Wallahu'alam.

Dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya matahari dan bulan itu dua tanda hari sekian banyak tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana kerana sebab kematian seseorang dan tidak pula sebab hidup ( lahir) seseorang. Apabila kamu ,melihat gerhana itu berdoalah kepada Allah swt, bertakbir dan bersedekah".
-(HR Bukhari dan Muslim)

( Hadis ini berpunca dari peristiwa kewafatan saidina ibrahim, anak Rasulullaha saw dan berlaku kejadian gerhana matahari. Para manusia ketika itu mengatakan berlakunya gerhana matahari kerana kewafatan anak Rasulullah saw. Untuk mengelakkan kejadian tersebut menjadi keparcayaan Rasulullah saw bersabda seperti hadis di atas).

Dari Abdur Rahman bin Samurah ra ia berkata:

" Aku datang mngadapa Nabi saw, ketika itu sedang gerhana matahari. Nabi saw berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya. Ia bertasbih, bertpai selesai gerhana, manakla sudah terang kembali ia membaca dua buah surah al Quran dan solat dua rakaat"

-(HR Muslim)

8. Selain solat sunat gerhana, disunatkan juga mandi sunat gerhana dan bersolat berjemaah di masjid.



Kredit info di SINI 






P/S: Sama2 kita renungkan..anda buat anda dapat.. :)


إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!