KHASIAT BIJI SELASIH

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt..

Pertama kalinya baru ku tahu, rupenya biji selasih tu banyak khasiatnya. Nak jadikan cerita, pagi tadi duduk2 search la tips nak buat air detox selain dari lemon, timun dan daun pudina tu, tiba2 terbukak satu pages ni, da bagi tips buat air detox guna biji selasih dan perahan air limau, ermm macam ye tak ye je, sebab biasanya makan biji selasih ni dalam air sirap atau air2 periasa biasa je, tu pun time bulan puasa, kalau hari2 biasa ni jarang sangat beli biji selasih tu..kannn..
Baca punya baca, sana sini cari kepastian, rupenya betul la, banyak khasiat biji selasih ni..ermm tu la kalau tak baca memang tak tau..Terus datang idea nak share kat sini, tapi Lin copy2 sikit sana sikit sini ye, untuk bagi lebih jelas lengkap dan mudah faham..
Kalau kowang rasa ye tak ye, kowang research ar sendiri ye..


*Image dari google


Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.


Selain itu juga biji selasih dapat merawat penyakit, antaranya: 

1. Dapat mengurangkan panas badan.

2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

3 Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.

7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.


*Nak beli dan cuba pun modal tak mahal, kannn heheheh




P/S: Lepas ni bole cuba detox Biji Selasih + Lemon + Timun pulak..hehehehe


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!