PIL UBAH KENTUT JADI HARUM

Sis Lin
1
Assalamualaikum wbt..


Tajuk je dah bikin aku gelak ternganga2 molot hahahaha. Ada juga ye orang cipta pil untuk kentut bau wangi ni..hahahaha...adeiii *memasing dah mula nak kentut dan bau tu hahahahahaha
Ada ke orang kentut wangi ? Ada ? Kalau ada cer bagitau sini, nak gak tau wangi camne bau kentut dia tu, kalau kentut takde bunyi tu ada le, tapi diam2 sekali kentut makk aiii bauuu bole kasi muntah ijo.! wekkkk
Biar kentut bunyi orang keliling gelakkan tapi kekadang takde bau, jangan kentut diam2 , sekali bau, memasing taknak ngaku kan ! hahahahaha

Kalau kowang tak percaya, meh sini baca artikel ni, aku share kat sini sebab sendiri rasa pelik hahahaha, mana tau kot2 satu hari teringin nak beli, senang aku rujuk link ni balik nak cari dan beli mana hahahahahaa...


Saintis Perancis, Christian Poincheval menghasilkan pil yang boleh mengubah kentut menjadi wangi. – AGENSI 


LONDON 27 Nov. – Seorang saintis dan pereka cipta yang berasal dari Perancis, berjaya mencipta sejenis pil yang mampu meng­ubah bau kentut manusia menjadi wangi.
Portal berita mirror.com melaporkan, Christian Poincheval, 65, mendakwa pil tersebut bukan sahaja memudahkan penghadam­an, tetapi mampu membuatkan kentut berbau seperti coklat atau bunga ros.
Jelas beliau, pil itu sangat sesuai untuk hadiah Hari Krismas.
Sebelum ini Poincheval telah menjual pil kentut dengan bauan mawar, tetapi kali ini dia mengeluarkan versi coklat hanya untuk perayaan itu.
Katanya, sebotol pil kentut itu dijual pada harga 7.90 hingga 9.99 pound (RM52.14-RM89.50) dan menawarkan beberapa manfaat lain seperti mengurangkan angin dan baik untuk perut kembung.
Poincheval berkata, dia mula menjual pil itu yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi melalui laman webnya, pilulepet.com pada tahun 2006 dan mendakwa jualan pil tersebut sa­ngat menggalakkan.
“Ada yang membelinya kerana masalah perut kembung dan ada juga sebahagian mereka membelinya sebagai jenaka untuk dihantar kepada rakan-rakan. Setiap kali Hari Krismas, jumlah jualan sentiasa meningkat.
“Pil ini diperbuat daripada campuran sayur-sayuran, arang, Adas, lithothamne (rumpai laut), propolis (resin tumbuhan) dan blue­berry,” katanya.

- See more at: Utusan





P/S: Aku pun sejujurnya kentut pun  berbau, kekadang kalau anak marah tak bagi signal, aku jawab je, kentut tak bole tahan dan simpan, asid! hahahahaha :p


Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Macam tak percaya je..kalau macam tu bau tahik pun akak wangilah ye..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!