PRODUCT REVIEW: OLAY TOTAL EFFECTS

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt..


Hari ni rasa nak share produk muka yang aku pakai setakat ni, sebab ada la beberapa orang yang tegur dan menegur perubahan kulit muka ni, dan ini bukan rahsia, semua orang perlu share untuk tau sejauh mana keberkesanannya setelah mencuba, alaaa tak kisah le, kalau aku share orang lain pakai tapi orang lain lagi cun dari aku, hahahah i tak kesah okay!
Bila umur dah semakin tua meningkat, penjagaan wajah bagi kaum wanita bukan setakat untuk pencerahan tau..kena amik kisah gak tentang penuaan proses penuaan..bila umur dh masuk 40 tahun, setakat yang aku tau kita kena alert tentang penjagaan kulit muka kita..kena jaga takut muncul wrinkles yang tak diundang, sangat takut ok!, jeragat, jerawat, kulit kusam bagai..haa nak cantik memang agak menyusahkan tapi bila kita rajin hasilnya berbaloi2..tak rugi pun..pompuan mana tak mau cantik mai habaq mai kat aku..
So dengan penggunaan Olay Total Effects ni secara teratur aku yakin korang aku puas hati punya dengan perubahan kulit korang..lagi pun tak yah nak beli 4,5 jenis cream utk tepek kat muka tu cukup dengan 1 botol krim ni you all bleh dapat 7 manfaat antaranya meminimumkan kemunculan garis-garis halus & kedutan, melembapkan & mengatasi masalah kulit kering, mengimbangi warna kulit disamping mengurangkan tanda penuaan, melicinkan tekstur kulit melalui pengelupasan yang lembut, mengecilkan liang-liang roma, melindungi permukaan kulit wajah dengan anti oksida serta menganjalkan kulit wajah. 




Aku cuma guna produk olay tu 2 barang tu aje, satu krim satu lagi pencuci muka, dan alhamdulilah ternampak keberkesanannya. Nak jadikan cerita, dulu pernah pakai, pastu gatei pi stop, tukarlah produk lain, haaa rasakan, bila dah rasa muka makin kusam dan dah mula naik2 jeragat kecil baru tu le gedik2 nak cari balik olay ni..huhuhu sadis!
Setakat ini aku tersangat berpuas hati dengan Olay Total Effects & aku selalu suggest kepada sesapa yang tanya skin care products apa yang aku selalu guna.. Murah je ok..RM39.90 ja sebotol kalau tak silap, kalau pencuci tu harga ikut saiz..boleh guna sampai 2 bulan tau..selalunya aku beli kat Watson or Guardian..normally, aku akan pakai Total Effects ni sebagai moisturiser before aku pakai bedak kat muka..aku dot dot kan kat 2-2 belah pipi, dahi, dagu & hidung then terus sapu rata ke seluruh muka..kat sini aku nak bagitau gak,bahagian leher pun mesti sapu gak ok..yala..muka ja eh nk jaga,leher tak nak..oo tak boleh tak boleh..sapuan pula harusla dari dalam ke bahagian luar bukan luar ke bahagian dalam..ini akan mempengaruhi proses penyerapan krim ke kulit muka ya puan2..heeehehe..kalau bahagian leher pulak, sapuan perlu lah dilakukan dari bahagian bawah leher & ke atas..kalau tak silap aku dengan cara ni dapat mengelakkan kekenduran kulit di bahagian leher..ermm tak nak la aku dh tua nanti kulit kat bahagian leher kendur..hahaha..
Jangan gelak, kalau korang rasa tak percaya, cubalah, yang penting kena banyak sabo ye, bukan harini pakai harini cantik ok!

Ooo yang sebelah hujung kiri tu, produk serum muka brand CASHMERE, yang tu nanti Lin review lain entri ya! Kalau kowang rajin, korang search la google cari dan baca dulu ya..hehehekalau malas tunguuu entri seterusnya, nanti aku cite..hehehe







P/S: Macam2 je kan orang pompuan ni, nak jaga kecantikkan jadi satu masaalah, tak cantik kang, laki komplen, dah cantik kang, susah plak nak kuar rumah..hahahahhaha


Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!