RESEPI APAM SUSU BELANG

Sis Lin
5
Assalamualaikum wbt..

Sebelum ni dah cuba respi Kek Minyak , kali ni rasa nak mencuba pulak Kek Apam Susu Belang ni, ternampak kat FB dari pages Sheila Rusly tu, bahannya pun mudah, buatnya pun senang, tak bakar2, guna kukus, tu yang buat aku nak cuba, maklum oven masih tak bole nak kawal suhu, so agak sukar nak tahu kepanasannya, huhuhu tunggulah ada rezki esok nak beli yang baru aje la!
Cuma aku punya kali ni agak kalut colornya huhuhu, lupe nak check stok warna dan perisa, sekali nak buat, tengok yang ada perisa pandan, kuning telur dan vanilla aje, ermmm. Di sebabkan semangat tu masih berkobar2, tak kisahlah, janji ada warnan dan perisa, kita buat ajalah, janji ado. Not bad juga, dah buat lapisan dan lorekkan, menarik juga kombinasi warna tu hehehe hentam aje laa labu...
Yang penting nak tahu rasanya dulu, warna belakang kira..betul tak?
Ok lah, aku kongsikan resepinya di sini ye..kowang bole cuba kalau mahu ok!




Bahan-bahannya:

1) 4 biji telur.
2) 1 sudu teh esen vanilla
3) 1 sudu besar ovalate
4) 1 cawan gula pasir
5) 4 sudu besar susu pekat
6) 2 cawan tepung gandum
7) Pewarna ikut suka

Cara-caranya:

- No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang.
- Selepas itu masukkan tepung dan gaul sebati di dalam mangkuk adunan.
- Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan kut suka
- Selang selikan tuang masuk ke dalam acuan loyang. *acuan di sapu mentega atau minyak
- Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit hingga masak..




Selamat mencuba..





P/S: Memang sedap, gebu dan lembut teksturnya, anak2 suka, Maknya lagi hepi... :)


Tags

إرسال تعليق

5تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. nampak sangat sedap tapi tak reti buat kek... makan boleh lah

    salam singgah

    ردحذف
  2. wah!! boleh cuba ni. cx pon sgt rajin nak cuba kalau relate dgn kukus2 ni. hahahah

    ردحذف
  3. sudah salin resipinya, thanks sis Lin.

    ردحذف
  4. Aku nak buat la kek ni..tq for the resepi marlin..aku mmg x bjodoh dgn yg bakar2 dlm oven...alternatifnya kukus la kan..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!