LALA GORENG PEDAS

Sis Lin
2
Assalamualaikum wbt..


Innalilahiwaiinilaihirojiun..
Malaysia masih lagi dalam keadaan bersedih dan meratapi nasib semua mangsa2 banjir. Rakyat Malaysia semua termasuk Lin, mengharapkan semuanya akan baik dan segera pulih seperti biasa dan air banjir kembali surut dan hujan berhenti turun dari langit, hanya kepadaNya kami semua berserah dan memohon, semua musibah ni ujian dariNya..
Terlebih dahulu Lin mohon maaf juga andai ada posting atau post2 entry dari blog Lin yang menyentuh hati atau menguris hati mangsa2 banjir yang terbaca dan membuatkan mereka terasa kecil hati jika ada yang Lin post menu dan entry masak2, maaf bebanyak, bukan niat tidak sensitiviti atau perihatin, tapi inilah blog Lin, penuh dengan xtvt harian Lin sebagai surirumah, sekadar ingin share menu dan resepi buat semua pembaca..
Maaf sekali lagi..
Moga dipermudahkan semua urusan mangsa2 banjir.
#PrayForMalaysia
#PrayForPantaiTimur ..




Untuk hari ini, Lin nak share menu Lala Goreng Pedas, Lin memang suka makan makanan seafood, tak kira la apa je, bagi je la depan mata, memang ada je idea nak masaknya..hehehe 'batu dengan kayu je tak telan' kakakakakakah...
Ok yang nak mencuba, sila sila... :)



Resepi Lala Goreng Pedas..

Bahan - bahannya:..
1 peket / 1 kilo lala

Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
1 cawan cili giling
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
3 batang serai - di potong kecil
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
air + gula + garam - secukup rasa

Cara - caranya:
Mulakan dengan membasuh Lala sehingga bersih...
Kemudian bolehlah dikisar bawang putih, bawang merah,  halia dan serbuk ketumbar.. 
Tumis bahan kisar dan kemudian masukkan cili giling dan masak hingga naik bau.. 
Selepas itu, masukkan semua sos dan biarkan hingga naik minyak..
Masukkan sedikit air, garam dan gula dan biarkan sehingga mendidih.. 
Masak sehingga kuah agak pekat dan kemudian barulah masukkan Lala, gaulkan hingga sebati dan selepas itu masukkan serai..
Tutup kuali dan biarkan lebih kurang 5 minit untuk Lala dan sos meresap dan Lala masak..
Siap untuk di hidang.. 

Saya suka, anda suka ?
#sislinkitchen 






P/S: Kalau tak makan Lala, bole ganti dengan kupang atau kerang..pun boleeeeeh.. 


Tags

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Uihsss....
    Tetibe terngences lak air liur ni baca....
    ni fevret sy jugak. kalau dpt mmg sy ratah sampai licin kuali!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum sis lin....wah !! sedapnya tengok lala ni....nyummyyyy..;)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!