BLOG ARCHIVE 2008-2014 !

Sis Lin
1
Assalamualaikum wbt...


Erkk erkk gulp ! nampak tak nampak ! Ishh ishhh di manakah idea aku sejak tahun 2012 itu ? Yang dulunya setahun aku update hingga ke 500 dan 400 lebih setahun itu ? Apakah sebab faktor umur tua aku ? hehehehe *tengah duk renungkan ni..
Tidak yee bukan ada kena mengena dengan faktor tua ye, tapi sebab kekangan masa dan ketandusan idea juga bila masanya laptop buat hal ! Time tu mood terus takde nak menaip, dengan tenet lembab dan juga kadang2 heng berjam2 nunggu loading huhuhu.
Idea tu jangan cakap le, kalau time takde idea, kering dungu otak ni weii, nak menaip pun, tergigil2 jari ni, nak mulakan tu, tak tahu nak tulis apa..hehehe betul tak ? Tapi kalai start dah mula menulis, bermacam2 nak menulis, sampai sehari 2,3 kali update hehehe ..*tu doluuuuuu.
Lagi satu sebab dan puncanya aku tak rajin update, sebab utamanya dengan pelbagai masalah 'biawak' ni, ada je yang tak kenanya dengan kita surirumah ni berblog, haperrr ingat surirumah ni tak bole berblog ke, buang masa ke ? Plesss laa eh, orang yang tahu membahagikan masa tu le seorang surirumah berjaya hahahaha. Sebab sambil buat kerja rumah, sambil membelek resepi, sambil menaip resepi, sambil baca info terkini dan juga sambil soping online ko...ko haderr ????
Takde kan, so jangan banyak sangat komen tu ye..dan juga, sungguh blog aku ni cakap merapu2 dan juga kopi pes, tapi sikit2 banyak pun, dan 5 kali aku claim nuffnang tu tau, sejak tahun 2008, ko hader ?? Tak de kannn..heheheh whooppss terlebih sudah..
So sekarang malas nak fikir apa orang nak kata 'ADA AKU KESAH !'




Ok2 laa..apa2 pun nak ucap terima kasihlah pada semua pembaca yang sudi klik sana sini dan juga klik link blog aku, maaf jika ada tulisan aku yang menyentuh dan  terasa hati buat sesiapa yang membaca, penulisan dalam blog ni tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada ye. Maaf sekali lagi..
InsyaAllah aku akan mantapkan lagi entry aku ni di lain2 entry untuk tahun 2015 ni dan juga akan datang ok !..
Sekian..sayonaraa..






P/S: Annyeonghaseyo? *Ececece...


إرسال تعليق

1تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. assalamualaikum sis lin...biasa la tu kn kekadang x ada idea nak ditulis...apa2 pun blog tetap ada yg dtg singgah...;)

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!