Assalamualaikum wbt.
Selamat tinggal 2014, selamat datang 2015..
Rasanya cepat betul masa berlalu, kini dah tiba selangkah lagi tahun dan umur baru.
Segala suka duka sepanjang tahun 2014 banyak memberi aku lebih kepada 'muhasabah' diri sendiri, pelbagai musibah ujian dan dugaan yang Allah turunkan dan beri petunjuk agar kita juga aku jangan lalai dan perbanyakkan istighfar bersyukur dan ingat kepadaNya..
Tahun 2014 juga banyak kenangan pahit manis yang aku akan simpan jauh di dalam hati aku, baik kenangan yang agak pahit bersama kawan2 mahupun kenangan yang begitu manis bersama family aku.
Apa yang pahit ? Biarlah rahsia hehehe
Apa yang manis ? Hanya Allah yang tahu..hehehe
Apa2 pun aku harap tahun 2015 ini akan lebih baik dari tahun 2014..
Azam ? Ermm rasanya biarlah aku simpan aje azam aku tu sendiri, masing2 ada azam tersendiri, cuma apa dan bila, hanya Dia yang tahu dan dengan izinNya akan terlaksana..
Azam ? Ermm rasanya biarlah aku simpan aje azam aku tu sendiri, masing2 ada azam tersendiri, cuma apa dan bila, hanya Dia yang tahu dan dengan izinNya akan terlaksana..
Yang penting aku nak upgradekan diri aku sebagai muslimah , ibu dan isteri yang lebih solehah, kita niat sedikit2 lama2 di lapangkan hati, insyaAllah Allah permudahkannya..
Pesanan awal 2015: Peringatan buat diri ku sendiri..
Sekiranya kita ditimpa musibah, kita hendaklah menyedari bahawa yang memberikan musibah itu ialah Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita. Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan menguji kesabaran dan keredaan, menguji kadar keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimanakah caranya kita mengetuk pintu rahmat-Nya dengan hati yang khusyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya.
Renungilah kata-kata Abdul Kadir al-Jailani r.h. kepada anaknya:
"Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, taqdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai.”
P/S: Selamat tahun baru buat semua pembaca Bisikan Hati..
Selamat Tahun Baru Sis Lin :)
ReplyDeleteassalamualaikum sis lin...selamat tahun baru...:)
ReplyDeleteSelamat tahun baru Sis Lin
ReplyDeleteSemoga ianya lebih baik dari semalam
Selamat tahun baru awak!!
ReplyDelete