MURTABAK CHEESE MAJID NO-1

Sis Lin
3
Assalamualaikum wbt...


Murtabak cheese sekarang jadi makanan no-1 di kalangan orang2 Jb dan juga pengunjung dari luar, terus jadi viral makanan murtabak cheese setelah seorang demi seorang yang dah pernah cuba dan review kelazatan dan keenakannya murtabak cheese. Memang lain dari yang lain, mula2 dengar cheese tu memang agak muak, ye lah selalu cheese kek leleh la, semuanya leleh, yang ni murtabak leleh, apa yang leleh, air liur le meleleh kalau tak dapat rasa hahahaha
Yeee murtabak cheese ni kalau kowang datang lambat, memang meleleh lee air liur kowang. Dibuka setiap hari 7 hari seminggu dari jam 12pm - 5.30pm, tapi rata2 yang datang awal pun tak dapat, kalau yang biasa memang ada, siap pack bungkus sesiap. So sekarang sapa tak nak kempunan bole call dulu order.


Penebar dan si pembuat murtabak, sekarang dia selalu pakai spek hitam tme menebar eheheh kasi nampak macho sikit.

Pertama kali Lin tengok dan dengar murtabak cheese ni pun masa ternampak viral video mamat makan murtabak cheese ni di fb, cissss sungguh meleleh air liur, tapi kesahnya tempatnya dekat dengan rumah mak Lin. Memang selalu sangat lalu lalang depannya kalau pi Holiday Plaza tu dan juga dekat dengan tanah perkuburan Kebun Teh, tapi rasanya menu murtabak cheese ni baru ni kot, dulu takde pun, hanya murtabak biasa dan jual goreng pisang dan sekali dengan restoran makan goreng2 tu..
Nak jadi cerita, haritu kawan Lin, Sue & Retna datang ke Jb, lepas kitaorang melawat suaminya Ayu di HSI, kitaorang memang dah plan awal2 nak ke murtabak cheese ni untuk rasa sendiri kesedapannya..hehehe
Masa sampai tu memang penuh, tapi masih ada tempat kosonglah, kowang sampai terus order, jangan nak tangkap2 gambo dulu, kang ada meleleh air liur tak dapat dah habis hehehehe


Penuh dengan cheese dalamnya, memang rasa tak muak, sedap dan rasa murtabak tu masih ada..


Tu diaaaa, nampak nampakkk, memang betul ada cheese, menarik tarik ko cheessenya wa cakap lu, perghhh, tu belum masuk molot lagi, sekali masuk molot, siyes memang sedap! Tak rugi dan berbaloi dengan harganya. Kitaorang order makan untuk seorang satu sepinggan, nasib baik juga, sebab sepinggan tu pun dan kenyang ko, nasib baik tak amik yang jumbo berlapis dan siyes betul memang tak muak, cuma pastikan perut kowang ada ruang, kalau tak memang kenyang tak habis makan, sedap sangat!
Lepas ni memang rasa nak cuba lagi, dah terasa2 kat anak tekak ni nak makannya lagi..nak try yang jumbo plak hahahahaha..
Sapa2 yang nak mencuba, sila sila, tak rugi, memang sedap..senang nak tuju dan parking pun senang dan senang nak cari sebab kedainya tepi jalan.


*Kalau nak search map ke waze ke, kowang masuk je nama kat bawah ni, kompom dapat..
Murtabak Majid Special Cheese No.1
Kampung Kurnia
Johor Bahru
Johor

Lebih lagi info, detail dan gambar,bole tengok SINI 






P/S: Sesekali bole, jangan seselaluuu yeerrr...not good ! Hahahahaha 



إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. tulah kan dah jadi viral..dekat je dengan kampung asben tapi sekali pon tak pernah cuba..member yang dah pernah beli cakap..owner mintak call dulu order pastu amik..

    ردحذف
  2. Mmg tgh viral skrg ni...
    Kalau ade kesempatan mmg kena try nih....

    ردحذف
  3. wah! dah mcm pizza murtabak ni. mmg terliur tgk.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!