Assalamualaikum wbt...
Annyeonghaseyo? .
Salah satu masalah yang timbul ketika mahu melancong ke luar negara adalah mengenai pertukaran mata wang asing.
Lebih baik membuat pertukaran di dalam negara, bank, lapangan terbang atau di negara yang dituju?
Lebih baik ini bermaksud yang mana lebih menguntungkan, mudah dan paling penting selamat.
Bagi yang sudah biasa membuat pertukaran mata wang asing, ia bukan satu masalah besar dan sudah tahu mana yang lebih baik.
Sesetengah tempat pertukaran mata wang asing tidak sama kadarnya dengan tempat yang lain.
Contohnya jika kita membuat pertukaran di kaunter menukar mata wang asing berbanding di bank atau lapangan terbang.
Kebiasaannya di lapangan terbang, anda akan mendapat kurang daripada yang ditukar di tempat lain, begitu juga dengan di bank.
Jika membuat pertukaran di luar negara pula, ada negara yang tidak menerima Ringgit Malaysia dan sebagainya.
Jika adapun hanya di sesetengah negara sahaja dan keadaan ini sudah pasti menyusahkan terutama jika anda sudah kehabisan wang tunai ketika melancong.
Justeru, tip melancong kali ini menyenaraikan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika mahu membuat pertukaran mata wang asing.
1. Lihat nilai mata wang negara yang dituju sebelum berangkat. Cara mudah adalah melalui Internet.
Anda juga boleh bertanyakan kepada agensi pelancongan atau tempat penukaran mata wang asing yang terdekat.
Maklumat nilai tukaran mata wang asing negara yang dituju adalah penting supaya anda tidak tertipu atau rugi.
2. Biasanya nilai tukaran mata wang asing di lapangan terbang adalah lebih rendah atau dengan kata lain harganya lebih mahal berbanding di luar lapangan
terbang.
Keadaan juga sama jika di hotel yang akan memberi harga lebih mahal.
Oleh itu, cuba sedaya upaya tidak menukar duit di lapangan terbang atau hotel. Jika terpaksa, tukarlah hanya jumlah yang diperlukan untuk membayar teksi atau kereta sewa untuk ke hotel penginapan dari lapangan terbang atau untuk sesuatu keperluan mustahak sahaja.
3. Sesetengah tempat menukar wang ada yang mengambil komisyen dan ada yang tidak.
Oleh itu, jangan tertipu dengan nilai pertukaran yang tinggi berbanding di tempat lain, padahal mengenakan komisyen.
Di akhir urus niaga, harganya sama saja bahkan mungkin lebih mahal.
Buat pengiraan sebaik mungkin agar tidak rugi sebaliknya menguntungkan anda.
Jika ada pilihan, carilah yang tidak mengenakan komisyen.
4. Carilah tempat menukar mata wang asing yang boleh dipercayai. ini penting untuk menghindari penipuan.
Untuk mendapatkan tempat yang boleh dipercayai, minta petunjuk atau saranan daripada kakitangan hotel tempat penukaran mata wang asing yang dipercayai di lokasi percutian anda.
Kenal pasti tempat menukar wang itu berada di wilayah atau kawasan yang selamat.
Ini kerana, di beberapa negara, terdapat tempat menukar mata wang asing yang sering menipu. Mereka akan membayar wang yang ditukar kurang daripada jumlah yang sepatutnya diterima.
Justeru berwaspadalah. Pilihan di tangan anda. Selamat bercuti.
**Aku tang tukar duit ni masih blurr..fening kepala di buatnya kalau nak berkira-kira tu..lagi-lagi kalau
memang tak pernah guna duitnya, adeii pusingg kepala...huhuhu
Semalam baru tukar Ringgit Malaysia ke Won, tu pun dah tersilap, ermmm arghhh takpela, belajar dari kesilapan, jadikan pengalaman. Kalau tak silap, mana nak tau kan...tapi oklah, cuma rugi ada dalam beza sen sen gitu..heheheh
Oleh itu, jika anda mahu ke melancong ke luar negara jangan lupa untuk memahirkan diri dengan kadar tukaran wang supaya anda tahu berapakah nilai sebenar barangan yang anda beli jika dinilaikan dengan ringgit.
Selamat melancong dan membeli-belah!.
Tips keselamatan
Jika anda membawa beg galas, letakan beg tersebut di bahagian hadapan anda-bukan di sisi atau lebih-lebih lagi di belakang. Dompet juga harus diletakan dipoket depan bagi lelaki. Adalah baik sekiranya kita membuat langkah berjaga-jaga terutamanya jika kita berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai. Jika anda membawa duit yang agak banyak, jangan simpan kesemuanya di dalam dompet atau beg anda. Letakan di beberapa tempat lain juga seperti di dalam poket depan atau di beg yang lain.
P/S: Aishh mahal sungguh duit Korea ye...takpelah, cuti jalan2 tengok negara orang, ada lebih kita soping apa yang patut ok ! ermmm
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.