TIPS & TRICKS MUSIM SEJUK KE KOREA

Sis Lin
10
Assalamulaikum wbt...


Annyeonghaseyo ?
Huahuahuahua poyoo la ko Lin hahahaha...Poyo tak poyo, biar orang kata poyo tapi hakkatnya memang tengah poyo ni, tidur malam ku tak lena, makan sikit2 sebab nak kurus, mandi pun basah la, cuma hati ku sudah terasa2 seakan2 berada di sana kakakakakaah *ini @anakomak baca mesti dia gelak !
Jakun ? Memang la aku jakun, gileee ko tak jakun, lagi kalau jumpa salji, yang dah pernah tu, tak payah komen, mesti fahamkan perasaan Lin sekarang hahaha *poyo lagi..hihihihi
Dah dah, ni semua poyoooo! verangan angan tak sudah...hehehehe

Harini saja nak update pasal tips and tricks ke Korea musim sejuk, sebabnya ye la sekarangkan tengah musim salji luar negara sana, so Lin nak update untuk simpanan dalam blog Lin sendiri, senang nanti kot nak ke sana, dah bole rujuk, kann kann..
Lin search gugel dan copy mana yang sesuai aje, ringkas tapi padat, sangat berguna ni untuk diri sendiri dan sesiapa yang nak ke sana.. Ok jom kita baca ..


Aku suke tempat ini, feeling shooting drama Korea giteww  aishhh veranganlah ko Linnn...poyooo!


Tips & Tricks Musim Sejuk Ke Korea 

1.    Masuk ke negara Korea Selatan tidak memerlukan visa.
2.    Travel sendiri (backpacker) lebih jimat berbanding menggunakan travel agent.
3.    Tapi kalau dah jadi backpacker kena la pandai-pandai buat research sendiri tempat yang menarik untuk dilawati, hotel atau guest house dan kemudahan pengangkutan.
4.    Pengangkutan yang paling mudah adalah subway. Bas pun okay jugak.
5.    Hotel/guest house boleh dibooking online melalui Agoda.com, Booking.com atau laman web hotel tu sendiri.

6.    Kalau stay di Namsan Guest House, bayar full payment cash masa check -in dan tak perlu deposit masa booking online.
7.    Buat itinerary iaitu jadual ke mana tempat akan dilawati day by day.
8.    Perjalanan mengambil masa selama 6 jam 20 minit.
9.    Masa makan dalam flight adalah 2 kali dan beli sendiri bukan dapat free (Air Asia).
10. Waktu di Korea awal sejam dari Malaysia.

11. Tukar siap-siap duit RM ke won di Malaysia. Bawak jugak duit RM cash dalam wallet.
12. Nak convert duit buat macam ni: contohnya 10,000 won buang 3 kosong kat belakang tu then 10 kat depan tu darab 3. That means 10,000 won = RM30.
13. Imigresen tak strict pasal makanan yang dibawa tak seperti Australia dan New Zealand. Bawalah apa sahaja seperti serunding, nasi impit, meggi, kari ayam, periuk belanga, rice cooker, peti ais.
14. Masa di imigresen, kastam tak check beg pun tapi kalau pakai jaket kena buka jaket.
15. Suhu waktu spring pun agak sejuk. Lebih kurang 8*c-10*c. Pakai baju berlapis. Bawak jaket. 
*Kalau musim winter amat-amat perlukan Winter coat & long john yang tebal-tebal, kalau tak keras beku la.

16. Tempat shopping yang popular ialah Myeongdong, Namdaemun, Dongdaemun dan Insadong.
17. Kedai makanan halal banyak terdapat di Itaewon.
18. Hard Rock Cafe Seoul sekarang sudah beroperasi.
19. Full House, Nami Island, Aiins World dan Everland terletak jauh sikit dari bandar Seoul. Masa perjalanan hampir 1 jam. Perlu naik train, bus, ferry, teksi, basikal dan sebagainya.

20. Install application Jihachul daripada android/apple pada smart phone anda supaya mudah untuk study subway route map. Tak perlu internet. 
21. Install application arah kiblat jugak sebab kat Korea tak ada petunjuk arah kiblat dan jugak waktu solat di sana. Boleh buat jamak dan qasar. 
22. Beli T-Money card di 7 Eleven, GS25, atau Family Mart untuk memudahkan proses menaiki train atau bas. Saya topup 50,000 won untuk 5 hari. 
23. Bawa botol air ketika masuk toilet sebab toilet kat sana tak ada paip dan hose untuk membasuh.
24. Stay di guest house yang dekat dengan subway atau tempat tumpuan pelancong.
25. Dalam subway station ada escalator tapi ada juga yang tak ada dan perlu naik tangga.
Sangat azab untuk warga emas dan wanita mengandung. Kalau sanggup tunggulah lif.

26. Dalam train atau bas pulak ada signboard yang akan tulis nama station yang akan berhenti dalam English. So, tak perlu risau kalau terlepas station ke apa.
27. Signboard-signboard juga dalam English. 
28. Certain-certain warga Korea je yang pandai cakap English. Yang lain kalau kita tanya dia cakap bahasa dia. Kalau kita tanya harga dia akan tunjuk pada kalkulator.
29. Perkataan yang popular ialah "Annyeonghaseyo"- Hello/Hi dan "Kamsahamnida" - Terima Kasih "Eolmaeyo" - Berapa harganya? "Kaka Juseyo" - Boleh bagi diskaun?
30. Kalau lalu di depan kedai kosmetik macam Etude House ke Tony Moly ke Nature Republic ke dia akan bagi free gift macam facial mask tapi kita kena gak masuk dalam kedai dan beli. Erkkk. Macam tak free je.

31. Jangan try makanan-makanan macam kek, kastad, muffin, roti, chocolate atau sebagainya. Nampak macam halal tapi kita tak tau ingredient dia mungkin ada contain wain atau lard. Kalau tak tau sila google apa dia lard.
32. Kalau makan di kedai atau restoran, plain water akan diberi percuma. Jimat duit tak perlu beli air. Hehehe tapi kalau nak air lain boleh je order. 
33. Kebanyakan makanan set akan didatangi bersama 3-4 jenis side dishes dan selalunya ada kimchi. Sedap! 
34. International plug adapter perlu ada. Sebab plug di sana lain dari Malaysia. Boleh beli di 7 Eleven kat sana. 
35. Aktifkan phone roaming. Aktifkan kad kredit. Jika ada dan jika perlu.

36. Wifi ada di merata tempat even dalam subway tapi kena bayar bukan free.
37. Kat Namsan 2 Guesthouse ada alat penimbang, so bolehlah timbang berat beg sebelum ke airport.
38. Airport Incheon sangat besar sampai kena naik train dari satu terminal ke satu terminal. Sila datang awal ke airport jika tidak mahu ditinggal flight.

*Copi pes dari blog cik adik INI 



Yang Perlu Anda Tahu

 1. Peta Seoul 
Peta Seoul penting untuk merujuk kawasan sekitar dan pelan landasan keretapi bawah tanah. Peta Seoul boleh dibeli di kedai2 buku utama dan boleh didapati secara percuma di pusat informasi pelancongan Seoul.

 2. Kamera
Perkakas wajib yang perlu dibawa. Banyak pemandangan menarik yang perlu diabadikan dan dikongsi bersama yang tersayang bila balik ke Malaysia nanti. Jika melancong semasa musim sejuk, kamera perlu dijaga dengan rapi kerana kamera boleh rosak pada suhu terlampau sejuk

 3. Passport
Pengenalan diri utama ketika berada di luar Malaysia. Jagalah ia seperti menjaga nyawa anda..hehe

 4. Sun glasses
Anda akan menyesal jika tidak membawa cermin mata gelap terutamanya ketika musim luruh. Keamatan sinaran matahari musim luruh memang terang walaupun pada cuaca sejuk. Jika terlupa membawa sun glasses dari Malaysia, berkunjunglah ke Pasar Namdaemun untuk membeli sun glasses berjenama pada harga yang berpatutan,

5. Kompas
Kompas penting untuk membaca peta dan untuk mencari arah qiblat.

 6. T - Money Card
T-money card berfungsi seperti kad Touch n Go di Malaysia. T-Money card boleh digunakan untuk menaiki kenderaan awam seperti subway, bas da teksi. Kad ini boleh dibeli di 7 Eleven dengan harga 3000 Won (RM 10).

 7. Duit Korea
Duit bukanlah segalanya tapi segalanya perlukan duit, betul tak?...RM 1 bernilai lebih kurang 300 Won. Harga setin Coca Cola di Korea ialah 700 Won.

8. Buku Catatan dan Pen.
Marco Polo mempunyai buku catatan pengembaraan. Begitu juga dengan Ibnu Batuta. Jadilah pengembara profesional dengan membawa buku catatan pengembaraan kemana saja anda pergi. Catatkan pengembaraan anda. Saya suka menulis catatan idea-idea perniagaan baru yang dilihat di Seoul yang boleh diaplikasikan di Malaysia.

*Copi pes dari blog cik abang INI 






P/S: **Menghitung hari...23 hari lagi..tik tok tik tok ..


Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Hurmmm... ntah bila la nak merasa g korea ni...

    ReplyDelete
  2. Huwwwaaaa..... verangan nak g lagi gak ni...

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum sis lin...seronoknya kalau dpt pi Korea...teringin juga nak pi sana tapi x tahu bila la agaknya dpt pi...info yg bagus ni sis senang nanti bila nak pi boleh rujuk sini jer...

    p/s ni mesti nak pi Korea makan angin agaknya...:)

    ReplyDelete
  4. kakRet, gi Korea lg nak kirim. muahaha.
    sisLin, Khamsa khamnida, bagus info ni. knp tetiba terasa sisLin mcm da terjebak dgn Korea ni? biasanya kakRet je. kekeke.

    ReplyDelete
  5. sis lin nak melancong ke korea ke?
    kekoreakekita?
    Wowowowow....

    ReplyDelete
  6. @careno hehehe jom jomm moh kitaaa hehehe

    ReplyDelete
  7. @Mas Zull waalaikumsalam Mama, kan kann skrg tgh musim salji ni, dpt main ski best kann hehehehe

    ReplyDelete
  8. @ch@ hehehe sila PM kak Ret ye cha@ hehehe. Bukan terjebak tapi terbawak2 sampai mimpi hahahaha

    ReplyDelete
  9. @Chekgu BaniHassim insyaAllah jika Allah mengizinkan KeKoreaKeKita hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!