BOAT NOODLE @SUTERA MALL,JB

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt ...


Suka makan makanan Bangkok Thailand ? Tapi susah nak dapatkannya ? 
Pernah dengar Boat Noodle ? atau bahasa melayunya Mee Sampan ?
Haaa Lin pun mula dengar dan nampak pun dari anak, dia selalu pi makan di Empire KL sana, nampak gambar mangkuk bertengkek-tengkek, dan menyelerakan. Tanya anak, katanya sedap, harga pun berpatutan. Mengences dengo, tapi nasib baik juga, di JB ni ada cawangannya dan bolehlah Maknya mencuba dan rasa.

Dari feedback ramai yang dah mencubanya, menu-menunya memang boleh masuk selera anak tekak orang Asia, menunya tak banyak tapi setiap menu tu berlainan rasa, sebab semua bahan dalam menu tu di bawa terus dari Thailand sana, tidak di beli di Malaysia yer, sebab tu ada kelainan rasa di setiap hidangan menunya.
Dan di pendekkan cerita, Boat Noodle baru memperkenalkan kepada pelanggannya menu baru mereka dan semestinya ini menarik selera aku untuk mencubanya, hehehe tergedik-gedik tak sabar nak mencubanya.
So langkah kanan la kita kan..hehehe


Kiri tu Isma, dengan ucapan buat Isma 'Terima Kasih Daun Keladi' *sila sambung yer hehehe (special TQ bt BroFramestone).
Dan yang kanan tu, BOSS Boat Noodle cawangan Sutera Mall tu. *sori lupa plak namanya semalam Isma sebut huhuhu ..
TQ juta-juta dari kami...

Chicken Wing RM4.90

Rasa dia agak masin-masin tapi rangup, rempah perap dia yang buatkan rasa masin tu tenggelam bila dah mula makan. Better korang order lebih ye, sebab nanti mesti tak cukup hehehe..


Bangkok Omelet with 'Sood Yut' . RM11.90

Yang ni kalau korang datang time betul lapar bole order, sebab dia ada nasi didalamnya, rasa nasinya pun lain, sebab beras tu datang dari Thailand sana, so memang betul feeling makan di Bangkok gituu hehehe


Kra-Pow Chicken Rice RM11.90
Sama juga seperti menu diatas, ada nasi didalamnya, cuma dia ada telur dan ayam cincang tu, Lin suka ayam cincang tu, rasa dia spicy seperti ada bahan istimewa didalamnya yang buatkan rasanya sedap bila telan..
Yang bestnyanya pedas !


Yum Woon Sen RM13.00

Ini antara 3 menu yang label spicy. Su Uun yang ada dalam menu ni yang buatkan ianya cukup serasi dengan campuran bahan-bahan lain di dalamnya. Yup memang pedas tapi taklah berapi, cuma memang rasa pedas.
Bagi aku ok je, taklah rasa pedas sangat dan boleh juga kalau anak-anak nak mencubanya.


Yum Meatball RM8.90
 Yang ini pun sama, spicy tapi kalau makan dengan hidangan nasi tu, memang lagi sedap..
Yang suka pedas memang bole order ni..
Fishball tu pun kalau makan, ada rasa lain sikit rasanya, beza dengan menu lain.


Yun Mama RM8.50
Menu ni pun rasa spicy seperti yang atas tu, cuma beza dia ada crabstk, hotdog, dan juga seperti megi mee gitu hehehe *lupe nak tanya megi mee ke tu..hehehe


Grilled Chicken Meat Ball RM4.90
Grilled Beef Meat Ball RM5.90

 Yang ini sesuai la untuk yang family bawa anak-anak, ala-ala cucuk-cucuk gitu, cuma rasanya ada kelainan sikit disebabkan ada sos dia tu. *lupe plak nak tanya sos apa tu hehehhe


Pathumthani & Ayutthaya Thai Rice Noodle RM1.90
(Checken & Beef)


Yang beza kedua nama menu ni, yang satu kuahnya bersantan, yang satu lagi kuahnya plain gitu, macam kicap, tapi kalau tekak aku, lebih suka yang bersantan tu, rasanya macam krimer sikit, tu tekak aku le, tekak korang tak tau le..hehehe
Ini menu paling mesti le korang cuba, dah habis makan, tu yang susun mangkuk bertengkek-tengkek gituu..
Setakat ni kata Isma, rekod terbanyak yang ada, sebanyak 77 mangkuk dihabiskan, seorang bangsa cina, dan belum ada yang dapat pecahkan rekod tu, ada sapa berani ?? *kalau dapat pecahkan rekod tu, selepas 77 mangkuk, FREE makan je, tak perlu bayar heheh..
**Anak aku dua ni je makan dekat 12 mangkuk hohohoh





Ice Blended Green Tea RM8.90
Thai Ice Tea RM6.90
Ice Blended Thai Coffe RM8.90
Ice Blended Cocunut RM8.90

Dalam banyak-banyak minuman diatas tu, paling aku suka Ice Blended Coffee tu, yang ni baru, bau coffenya memang asli dari Thailand, wangi gileee tapi aku suka original, taknak blended tu, sebab tak puas rasa bila minum hehehehe.
Tapi rata-rata yang datang mereka suka order Thai Ice Tea tu, memang power, bak kata melayu 'Teh ais' leee, memang thoebaekk...




Dan inilah geng makan yang aku bawak semalam, memang happening dan sporting semua.
TQ juta-juta buat Mama Maszhull & Family, Sis Seri Kandi Jauhar & anaknya juga Ayu (dah balik awal) & Family, yang sudi terima undangan walaupun last minit aku ajak.
Bagi korang yang ingin mencubanya, korang bole cari cawangan Boat Noodle berdekatan dengan korang ok..

Cawangan Boat Noodle
Empire Damansara, G03a, Heritage Lane
The School at Jaya One, P2, Same floor as Cold Storage
Ikon Cheras, G Floor 
Berjaya Times Square, Level 2
Publika, Block C5, Level G3, Lot 30a
Sutera Mall, Johor Bahru, L2-550C
Gamuda Walk, Kota Kemuning
Klang Parade, 5th Floor
D'Pulze Cyberjaya

Dan juga korang boleh dapatkan update terini dari mereka di :
FB:






P/S: Alhamdulilah.. Lepas ni bole datang lagi perabiskan baucer belanja makan di sana hehehe *bertengkek-tengkek le kita nanti hehehehe


إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!