Assalamualaikum wbt..
Tak kurus kurus ? Ok baca dulu, nant bawah sekali baru kita gelak sesama okay ! :p
1. Tak set target. Bila tanya berapa Kg nak buang, jawapan entahlah coach. Tak kisah berapa-berapa KG pun, janji dapat turun. Bila tak set target, kita tak rasa pun urgency nak buat. So tak pe lah...
2. Target tak realistik. Nak turunkn 20KG dalam masa 2 bulan. Hello, dah 20 tahun obesity, ingat boleh buang macam tu jer ke? Nak capai tahan obesity tu pun ambil masa kan?
3. Cepat putus asa, 1 minggu turun 1KG JER katanya. Ehhh bersyukur lah, kalau tak dalam 3 hari dah naik 1KG tau.
4. Harapkan keajaiban. Kuat melantak, senaman tak pernah, air kosong tak pernah teguk asyik nak air manis je, lepas tu cari UBAT KURUS yang boleh turunkan berat badan tanpa ubah lifestyle ni. Eh kalau kurus pun korang rasa selamat ke dengan cara macam ni?
5. Tak amalkan pemakanan seimbang. Cut off carbo sebab carbo banyak kalori, start on high protein diet kononnya. Daging burger, sosej, cheese semua bedal. Tahu tak yg process food tu lagi teruk dari nasi yg korang cut off tu? Lemak dalam tu tak pikir pulak.
6. Takut nak minum air, kononnya takut gemuk air. Cuba ubah takut tu pada makanan dan minuman manis tengok. Boleh turun tak berat tu?
7. Skip makanan ambil branch. Kononnya cepat sikit nak bagi berat turun. Tahu tak bila biarkan perut berlapar lama, high potential untuk kita makan lebih banyak. Perut pun akan simpan lebih banyak lemak. Tu sebab buncit.
8. Bersenam, tapi lepas bersenam makan makanan berkalori tinggi dgn alasan harini bersenam boleh makan banyak. 1jam bersenam bakar 500calorie. 5min makan mee goreng 700calorie.
9. Masalah utama rakyat Malaysia, suka ambil breakfast yang tinggi karbohidrat. Konon nak breakfast like a king. Tapi karang baru pukul 10 dah lapar balik.
10. Tak ada ilmu, ikut membuta tuli. Kalau orang cakap nak kurus minum jer air detox 7 liter sehari, lepas tu tak payah makan apa-apa langsung kita pun ikut. Lepas tu kang ada orang kata makan ubat ni nanti cery bery buang lemak kita pun ikut. Lepas tu dengar orang cakap pakai korset sampai sesak nafas, badan sakit2 sebab kene cucuk dengan dawai corset tapi kita buat jugak, End up tak de tenaga, pengsan, masuk hospital.
Semua ni kisah benar. Memang terjadi kan? Itulah sebabnya sekarang saya offer diri sy untuk bantu korang supaya dapat capai berat idaman dengan cara sihat. Itu pun kalau korang mahu di bantu. Ambil peluang, belajar dari kesalahan orang lain. Jangan ulang, jangan lalu jalan yg sama.
Copy and Paste dari...
- Coach NaNa-
#onlinecoachingwithcoachnana
Yang paling kena batang hidung sendiri no-2 tu ha..hahahaha betul juga, dah bertahun tahun ternak lemak, taunya nak kurus dalam masa 2 bulan, engko ingat senang keee ?? huahuahauahaua...
Takpe laa gemuk 'sikit' jee, ada gak isi buat alas tangan mantul mantul, dari kurus sekeping, nak mantul pun tak bole, silap duduk atas tangan patah terkehel hahahaa ..
P/S: Tapi i tak suka la Abam Bochik tu kata i 'Gemuk is awesome'..huhuhu lagi jadi tak kurus di buatnya.. :p
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.