ANIMAL PARK @BUKIT TINGGI

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt...


Okay antara tempat menarik yang boleh korang pergi kalau ke Bukit Tinggi iailah Animal Park. Tempatnya terletak tak jauh dari Berjaya Hills tu. Kalau korang drive menuju ke atas tu korang mesti jumpa punya Animal Park ni. Macam aku dah alang alang stay kat Berjaya Hills tu so tak lepaskan peluang la singgah, lagipun anak dara aku tu yang beriya sangat mengajak tengok rabbit.
Masa aku sampai ramai juga pengunjung kat situ, warga tempatan juga pelancong dari luar. Keluasan tempat tu tak la besar mana, tapi nampak meriah kalau nampak dari luar, lebih lebih lagi kalau turun dari bukit Berjaya Hills tu, canik sangat pemandangannya.



Yuran masuk ke dalam tu tak la mahal beno, cuma rm4 untuk dewasa dan juga rm4 untuk kanak kanak.
Harga mampu bayar katanya. Dan berbaloi le dengan apa yang kita.
Kat dalam tu pun semua binatang lepas bebas, ada beberapa ekor je yang dikurung dalam kandang, tapi still bole lihat dari dekat.
Yang aku nampak dan tahu nak sebut, ada arnab, rusa, ayam, dan juga keldai *eh betul ke keldai? erkkkkkk




Ini rusa kan ? Betul ke rusa ?? Punyalah lawak aku cakap dengan anak aku unta !! hahahahaha tak ke jadi bahan lawak tak pasal pasal kena gelak dek anak anak..hahahahahhahaa adeiiii Mak konpius okay! 
Korang nampak kan, binatang situ memang lepas bebas, bole dekat dekat dan bole pegang pegang kalau korang berani hehehe...




Aku pun nak juga selfie gan dia ni. Hehehe sporting gile ko binatang ni, aku datang je nak bergambo, terus yang lain lain pun duk lepak nak menumpang sekaki hahahahahaha 




Haa yang ni pulak taman arnabnya. Bersebelah dengan rusa tadi tu. Sama juga macam binatang lain, arnab arnab kat situ semua bebas berlari, memasing buat hal sendiri. Agaknya masa time aku datang mungkin time arnab ni untuk tido, sebab rata rata semuanya duk lepak duk celah celah membuta. Ada yang beberapa ekor je la duk lari sana sini. Korang nak jalan pun kena hati hati takut kang terpijak lak arnab tu. Kalau korang nak pegang bole, cuma kena hati hati. Ada cara dan syarat untuk dekat dan pegang arnab tu, bukan main tarik telinga dan bulu dia je, sian tauu!!




Cute gileee geram aku !!!
ADa lagi binatang lain tapi tak sempat amik gambo, ayam dalam reban, itik pun ada, ada satu lagi jenis binatang tu aku tak tau le namanya, badan dia cantik, macam rusa gak tapi bukan rusa, ntah lee, nak kena bukak kamus ni, nak tengok apa la namanya hahahahahhaa...
Korang jangan gelakkan aku okay! hahahahaha..
Ok tu je nak update hari ini, apa apa pun kalau korang ke Bukit Tinggi singgah le ke sini, ok sangat setakat nak bawak anak anak. Ada juga mini cafe kat situ, jual makanan goreng goreng. harga aku tak survey pulak, sebab tak duduk minum kat situ. Padahal memang memasing kebulur, tapi sebab hanya ada goreng goreng aje, so kitaorang bertahan lapar dulu hehehe nak cari nasi nasi nasi ! heheheh
Ok sambung lagi nanti okay...Cau...







P/S: Bau ? Dah nama pun macam mini zoo, ada ke najis tak bau ? ermmmm 


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!