Assalamualaikum wbt...
Salam kemerdekaan yang ke-58 buat semua pembaca.
*Kita doa dan mohon hajat sendiri dalam hati aje la ye untuk negara kita Malaysia, nak cakap komen lebih kang terlalu sensitif sekarang.
Dan juga selamat menjalankan tugas buat semua yang dah mula bekerja setelah 3 hari bercuti, tapi aku cuti 4 hari hahahaha *Ahad anak monteng, syyhhh :p
Ok lah harini update nak cerita di sini pasal percutian aku & family juga di temani seorang teman baikku, Retna ke Bukit Tinggi. Percutian yang tidak di rancang, tetiba hangin mood incik hubby nak bawak bercuti, apalagi ambik kesempatan le ajak pi tempat yang belum pernah aku dan family pergi, iaitu Bukit Tinggi.
Ikutkan nak stay kat Colmar Tropicale tu, betul betul di tempat peranginan Bukit Tinggi tu, tapi semua full house ko, maklumlah cuti panjang kan, memasing dah book awal awal, yang aku ni last minit baru nak book cari hotel, nasib baik juga Retna survey dapatlah kat Berjaya Hills Golf Resort ni.
Hari Khamis kita dah book 2 bilik untuk Sabtu & Ahad. Harga ok la, mahal sikit ebab ada charge tambahan weekend kan tapi free brekfes dan juga free entrance tiket masuk ke Colmar tu.
Aku bertolak dari Jb hari Jumaat malam, dan terus stay semalam di rumah Retna. So pepagi esoknya lepas sarapan kitaorang dah gerak ke sana. Bimbang juga takut jalan jem tapi alhamdulilah perjalanan lancar sangat cuma jem perlahan si tol Gombak tu. Aku yang memandu so tak la rasa stress takde jem.
Dari Gombak tu terus lalu Genting Sempah terowong tu, dan akan lalu exit Genting Highlands juga Janda Baik dan terus lagi menuju ke Karak Kuantan highway, dari situ nanti nampak exit masuk ke Bukit Tinggi.
Biasalah dah nama pun bukit kan, so gear tu memang rendah le naik bukit, pemanduan kena hati hati sebab berselisih dengan kereta yang turun dari atas. Selekoh pun agak tajam. Dan mata kena awas lihat signboard yang menunjuk arah ke Berjaya Hills tu. Kecik beno signboardnya erkkk
Akhirnya sampai juga di sana. Dari luar hotel memang suasana di kelilingi padang golf hehehe.
Tapi tempatnya aman damai dan berangin sepoi sepoi hehehe.
Masa untuk check in ! nasib baiklah kitaorang dah booking sebab sampai kaunter receptionist kata dah full hehehe. Dan nasib juga kitaorang booking tu masuk list, kitaorang booking call je.
Selesai urusan check in jom kita cari bilik.
Bilik kitaorang berada di tingkat bawah. Biasa bilik atas, ni bilik bawah hehehe
Taraaa not bad okay, sangat ok.
Yang ni aku amik Deluxe Room. 2 single bed (besar juga macam queen), free brekfes dan free tiket entrance masuk Colmar. Suasana bilik ni macam deko ala rumah lama ingris, semua bertema kayu jenis gelap tu. *aku pun tak reti nak explain hehehe
Harga weekend rm285 per room termasuk gst dan tax juga tambahan hari minggu.
Ok x ? Bolee laaaa.. :)
**Sebelah katil kanan kiri tu ada sebuah lemari besar 2 pintu, sori lupa nak tangkap gambo.
Meja makeup dan juga kabinet, tv pun ada channel astro pilihan tersedia. Juga dalam lemari tu ada peti ais.
Termasuk kelengkapan teh kopi gula dan cerek air.
Tandas dan bilik mandinya juga keluasan agak besar, siap ada tab mandi, itu memang aku shuke, syok berendam hehehehe mandi buih hehehe.
Semua kelengkapan mandi juga tersedia termasuk cermin untuk bercukur, hair dryer dan juga air panas dan air sejuk di sinki dan bilik mandi. *sebelah kanan tu ada 2 sinki tersedia.
Indahnya ciptaan Allah. Buka sliding door terus di sajikan dengan suasana sejuk mata memandang. Kolam renang betul betul sebelah bilik kitaorang. Tak susah le nak terjun bila bila masa je hehehe..
Kolamnya di buka dari jam 7am hngga ke 11malam.
Yang ini kolam untuk dewasa, boya mandi juga tersedia secara percuma.
Dan yang ni kolam untuk kanak kanak. Bersebelah dengan kolam dewasa. Time petang ramai budak budak juga mak pak budak mandi dan lepak, aku tak kesempatan nak mandi sebab airnya sejuk macam ais kata incik suami gan anak bujang aku, bukannya apa, aku takut demam pulak, kang ada esoknya tak berjalan kang huhuhu ..
Main celup celup kaki udah le hehehhe
Lain lain juga tersedia tempat beriadah. Tersedia satu bangunan Berjaya Hills Sport Club. Dalam tu ada tempat main bowling, snooker, gym, pingpong, tennis, badminton juga dewan untuk family day. Memang sangat best woo. KItaorang sempat le melayan gym dan juga snooker. Lain lain semua full sebab kebetulan ada family day di situ. Setiap sukan ada bayaran tersendiri kecuali gym (free).
So itu saja dulu, nanti aku sambung balik cerita aktiviti kami seterusnya okay!
P/S: Mood ngajin datang nak update hehehehe ...*Just Sharing ok !!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.