COLMAR TROPICALE @BUKIT TINGGI

Sis Lin
0
Assalamualaikum wbt...


Okay bersambung dari entri aku sebelum ni, tempat yang menjadi tumpuan dan salah satu impian aku nak jejak adalah di sini Colmar Tropicale. Walaupun tak dapat tidor di atas sana, tapi puashati juga dapat naik ke atas sana akhirnya. Orang memang ramai tapi alhamdulilah perjalanan kami semuanya dipermudahkan.
Dari Berjaya Hills tempat aku menginap tu memang tak jauh nak naik ke atas tu, cuma jalannya agak berselekoh selekoh, kalau mana yang mabuk memang le mabuk muntah ijo hehehe.




Pass masuk ke dalam tu adalah rm13, tapi sebab aku check in di Bukit Tinggi so dapat free 4 tiket free, just tambah lagi 1 tiket, 1 bilik dapat 2 tiket free. Jangan berkira sangat, rm13 tu berbaloi dengan pemandangan dan suasana kat atas tu, macam macam ada, puashati !




Kalau dah sampai sana, di sediakan tempat parking khas bagi pengunjung, yang menginap kat situ di sediakan tempat khas lain juga. So korang jangan bimbang. Gambar atas ni adalah bangunan tempat parking kereta. Banyak tempat parkingnya, sampai ke atas nu, parking free dah termasuk sekali dengan bayaran tiket rm13 tu yer.




Yehaaaa akhirnyaa sampai jejak juga aku ke sini. INi adalah pintu masuk depan Colmar tu, kalau korang pandai tangkap gambo, mesti lagi cantik hasilnya. Baguskan aku, tak de la sangat nak mimpi ke luar negara tu, dapat ke sini pun dah ala ala macam kat luar negara ko. Cuaca nampak panas memang tapi berangin sejuk je udara, so takde la ketiak tu berpeluh bacin hehehehe...
i excited u !




Haa nampak tu, itu menunjukkan bukti yang aku dah sampai sini, dan itulah masa dan waktunya aku jejak situ. Nak tempek gambo aku tapi aaa takyah le kang meluat lak nengok hahahahaha 




Suasana dan kedaan sekeliling di dalam sana. Yang rumah rumah tu semua tu adalah hotel. Bestkan kalau dapat menginap dalam ni, siap ada show dan persembahan pemuzik jalanan lagi. Kedai makan pun banyak kat sana. Harga berpatutan dan standard le dengan keadaannya. Tempat untuk anak anak main game ke dan tonton theater 6D pun ado. 




Memasing memang kelaparan sebab hanya makan sarapan pagi saja dari rumah dan terus ke sini so memang le laparkan. Rata rata kedai makan sana semuanya adalah western tapi ada satu kedai tu jual pelbagai aneka mee tapi terletak di hujung sana, sebab tu kurang sikit yang makan situ, sebab suasana suram sikit, beza dengan kedai yang aku makan ni, meriah ko, sebelah pentas show, so sambil makan sambil boleh dengar persembahan. Cuma kalau time ramai orang, korang kenalah bersabar tunggu tempat kosong yer. Kalau servis takde masaalah, tiptop! Harga menunya agak sama semua kedai, dalam rm26-48 satu set. Aku n family makan set yang rm26 tu, ala ala western tapi sedap bole laa...Kalau korang rasa mahal, makan le kenyang kenyang dulu yer..hehehe
*Aku lupa plak nama kedai ni hahaha tapi betul betul sebelah pentas tu.




Di sebelah luar sana pulak ada taman tasek yang tempatkan burung bangau *ke angsa ek* gitulaaaa...JInak, korang bole pegang dan usap usap dia cuma tak bole bagi makan saja yer,.hehehe
*Abaikan si montel anak dara aku tu hahaha




Bagi korang yang tak pernah datang, bagi aku sesuailah kalau nak bawak family cuti cuti Malaysia ke sini, walaupun hanya nampak rumah gitu gitu je, tapi cukup cantik feel ala kat begara omputih gitu. Setakat nak bawak bercuti tu, ok la sangattt..Nanti dah keluar dari Colmar tu ada perkampungan Jepun pula..haaa yang tu nanti aku cite next entri okay!
So cau duluu..daaaa


Berjaya Hills Resort is a hill resort in Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia near the Genting Highlands. It is known for its French-themed village, Colmar Tropicale. 
Address: KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
Phone: +60 9-288 8890







P/S: Yang selalu bercuti ke luar negara tu nak tanya juga, dah sampai sini ke ? This is Malaysia okay!! hahahahaha


إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!