Assalamualaikum wbt..
Okay bersambung dari entri percutian aku ke Bukit Tinggi sebelum sebelum ni, ini sambungan selepas aku naik ke atas Colmar Tropicale tu. Selepas korang turun keluar dari Colmar tu, waktu nak turun ke bawah, korang akan melalui dua simpang, simpang ke kiri untuk turun ke bawah dan simpang ke kanan tu ada signboard ke Japanese Tea Village. Sebelum ke Japanese Tea Village tu, tepi tu korang nampak ada satu tempat untuk beriadah lasak gak, memanah dan flying jump tu, ntah apa kebenda namanya tu ntah..hahahaha
Tapi masa kitaorang sampai tu, dah tak bole masuk, maybe ada waktunya kot, so kalau korang nak kena datang awal sikit ye. Ok lepas korang belok ke kanan tu, korang terus naik ke atas, sampai la jumpa simpang masuk ke Japanese Tea Village tu. Kereta semua parking bawah. Yang bestnya ingatkan tempatnya situ situ ajalah kan, sekali hahahaha sila tarik napassss dalam dalam hahahah...
Haaa tu diaaa, korang kena naik tangga berlapis lapis tu haaa hahahahaha..Senak weii, nak taknak dah sampai naik aje le, ayuh kitaaa !!
Ha ni pemandangan dari atas, tu baru sampai setengah tangga dari gambar atas tu, hahaha semputt dah hahaha. Patut aku nampak makcik mak cik ramai duk tepi tepi tu, agak tak larat nak daki tangga tu..huhuhu
Lepas dah habis naik tangga tu, haaa berjalan naik pulak ke atas, perghh memang terbakar lemak lemak semua, nasib baik juga cuaca sejuk berangin, tak le keluar peluh bacin.hehehe
Haa dah nampak dah, nak sampai dah, pheww legaaaa.. Dari tangga pastu berjalan pulak, baru le sampai atas nuu...agak rumah Jepun kat Jepun sana tinggi tinggi gini ke haaa ???
Yeay sudah sampai, tengok tu kat atas tu 3500 tingginya dari aras laut, punyalah tnggi kann..
Apaa ?? Belum sampai lagii ?? Naik bukit pulak keee..erkkkkk
INgatkan dah sampai dah ke, rupanya kena naik lagi atas, tu nampak tu lorong tu, haaa kena lalu situ naik bukit baru sampai ke kampung Jepun tu, waduh cobaannn...
Tapi kan, nasib baik juga, sepanjang masuk dalam ni, sambil naik bukit tu, pemandangan hijau dia sangat cantik, ada kolam ikan dan taman taman bunga dan suasananya nyaman sangat, hilang penat segalaaa....
Haa jadi le tepek sekeping sini hahahaha
Hait hait ! Hahahaha naik atas punya tnggi nak pakai kimono je, kata hubby kakakakaah !! Memang lawak leee..tapi takpe, puashati !!
Sampai atas nu, ada satu rumah kecil di mana korang bole sewa baju kimono tu dengan harga rm20 selama 20minit. Nanti dia pakaikan bajunya dan korang bole amik gambo sekitar situ, dan juga dalam rumahnya.. Ermm aku rasa macam tak sampai 20 minit pakai, aunty tu sombong gileee...macam lipas kudung tolong amikkan gambo, eeeee
*takyah nak gelak sangat tengok aku yang montel sihat tu yee hahahahaha
Memang takde apa yang nak di ronda ronda atas tu, cuma rumah kecil gitu, dan pokok pokok, batu batu dan juga air air kolam hahahaha..So feeling syok sendoro amik gambo sudah le..hihihik
Okay settle dah, moh le kita balik ye, kita duduk sat hilangkan penat, yang ayahnya sibuk le melayan anak dara tu amikkan gambo hahaha layan kan ajeee...
Berbaloi ?? Ermm bagi aku setakat nak jalan jalan naik atas tu, bergambar gambar, ok la, lepas ni takyah sewa pakai kimono tu, bazir jee, dah tu sombong plak aunty tu...grrrrrr ...
Lepas kitaorang keluar dari situ, terus kitaorang balik hotel, dah petang, memasing nak terjun kolam mandi plak, hehehe so tunggu laa next entri pulak ye..
Daaa..cau !
Located 3,500 feet above sea level, the Japanese Village is the first of its kind outside Japan. The garden was designed by renowned Japanese architect, Kaio Ariizumi and built by a team of 22 skilled craftsmen from Japan. A tranquil and relaxing retreat, this garden is enclosed within a lush tropical rainforest and features attractions such as Japanese Tea House, Tatami Spa, Botanical Garden, Ryo Zan Tei Japanese Restaurant and Ume Tatami Suite. Guest can choose to participate in the Tea Ceremony (4 sessions daily) where one will learn a little more about the Japanese culture or to rent a kimono for a picture or two.
Kimono Rental
Japanese Tea Ceremony Hours: Daily 11am until 4.30pm
km 48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak, Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, 28750, Malaysia
Phone:+60 9-288 8888
P/S: Jejak sekali jadi la, jangan tidak katanya kan...tapi enjoyyyy!!!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.