RAHSIA KECANTIKAN DENGAN AIS KIUB

Sis Lin
3
Assalamualaikum wbt ..

Kiub ais sebagai ejen kecantikan yang ramai orang tak tahu.
Biasanya kita tengok ramai orang muka dia sangat cantik sampai kita sendiri ingat dia selalu ke spa untuk rawatan kecantikan. Kan?

RAHSIA KECANTIKAN DENGAN AIS KIUB.


+ Buat Wajah Lebih Kelihatan Glowing Dan Pinky.
Ais ni menggalakkan peredaran darah pada kulit wajah, dan peredaran darah yang cantik pada wajah akan buat kulit kelihatan sangat berseri dan nampak pinky secara semulajadi.

+ Merawat Lingkaran Gelap Bawah Mata .
Rose water atau pun timun yang dikisar boleh dibekukan, dan guna ais bekuan tersebut untuk rawat masalah 'mata panda'. Memang cepat sangat kesannya nanti.

+ Mengurangkan Radangan Kulit .
Radangan kulit macam kepedihan sebab sinaran UV dan jerawat yang sedang tumbuh boleh dikurangkan dengan cepat dengan ais kiub. Amalkan selama 15 minit, pagi dan malam.

+ Mengecilkan Liang Pori .
Selain fungsi menyegarkan, liang pori yang terbuka tu pun akan tertutup dengan cantik. Sangat bagus diamalkan tiap kali sebelum make up, jadi make up akan nampak lebih smooth dan cantik berseri.

+ Nampak Makin Cantik Tanpa Make Up .
Bila sapuan ais kiub diamalkan setiap hari, kita akan kelihatan makin cantik hari demi hari dan sekaligus buat make up kita makin nipis, dan kalau tak pakai make up pun tetap nampak cantik.

+ Anti Penuaan .
Bila kita amalkan teknik ni, garis halus dan tanda penuaan memang akan segan silu nak muncul. Jadi amalkan setiap hari, pagi dan malam selama 15 minit.

+ Natural Lip Ice .
Yes, memang sangat berkesan dalam memberikan efek merah jambu pada bibir bila diamalkan setiap hari. Hanya sedut atau 'nyonyot' je ais kiub tadi tiap hari, dan anda akan nampak hasilnya.




Nota:
+ Guna glove atau lapik dengan kain pada tangan jadi anda boleh pegang ais dengan lebih lama.
+ Jangan letak ais terlalu lama pada satu kawasan, kerana ia akan merosakkan kulit. Pastikan anda jalankan ais dari satu tempat ke satu tempat lain tanpa henti selama 15 minit .




P/S: Aku dah cuba memang ada sesetengah tu nampak kesan, terutama lip ice ..


إرسال تعليق

3تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. assalamualaikum sis...wah !! menarik info ini...boleh juga diamalkan selalu kn...:)

    ردحذف
  2. wow info menarik boleh cuba nanti

    terima kasih sudi tinggalkan url di fb

    blogwalking

    ردحذف
  3. Wahh menarik petua ni .. senang nak cuba ...

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!