AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Sis Lin
2
Assalamualaikum wbt..

Tidak dinafikan semakin ramai rakyat Malaysia yang mula sedar akan kepentingan menjalani hidup sihat. Namun, masih terdapat antara kita yang tidak mengambil hal ini sebagai suatu yang penting. 
Harus kita sedar bahawa kesihatan adalah jaminan untuk hidup yang lebih sejahtera. Dan untuk mencapai tahap kesihatan yang terbaik, gaya hidup sihat merupakan satu daripada syaratnya.


Gaya Hidup Sihat

Amalan kehidupan yang sihat dapat mengurangkan risiko kita untuk terdedah kepada penyakit yang semakin mudah menyerang kita semua pada hari ini dan boleh menjadi pembunuh utama manusia.
Masih ramai individu diluar sana yang mengalami masalah berlebihan,tidak aktif dan tidak menjalani gaya hidup yang sihat. 
Mereka ini menjadi sasaran penyakit strok kerana kebanyakan mereka mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.
Namun, masih belum terlambat untuk mereka berubah dan menjalani hidup yang lebih sihat. Antara amalan yang mudah dilakukan adalah:


1. Pemakanan Sihat

Ini merupakan amalan utama dalam menjalani gaya hidup sihat. Pemakanan yang sihat dapat membantu kita mengekalkan tubuh yang sihat dan mengelakkan kita menjadi gemuk.
Kurangkan pengambilan makanan bergula dan garam kerana pengambilan berlebihan boleh merisikokan kita mendapat darah tinggi, kencing manis dan obesiti yang boleh menyebabkan strok.
Jika anda gemar makan makanan yang tidak menyihatkan, anda boleh menggantikannya dengan snek yang berkhasiat dan pastikan anda tidak mengambilnya pada waktu hampir dengan waktu makan malam.
Makan dalam jumlah yang kecil dan minum air kosong 6-8 gelas sehari. 


2. Persekitaran Yang Bersih

Memastikan kebersihan diri dan juga persekitaran juga penting dalam amalan gaya hidup sihat. Mengutamakan kebersihan dapat menghalang wabak-wabak penyakit daripada terus tersebar dan merisikokan anda mendapatkan penyakit lain.


3. Menjalani Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Bukan ketika sakit sahaja perlukan pemeriksaan, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala ini perlu bagi mengesan simptom awal penyakit yang boleh meragut nyawa.
Sekiranya penyakit berbahaya dapat dikesan pada peringkat awal, ini boleh memastikan cara pencegahan dan rawatan terperinci yang boleh dijalankan.
Pemeriksaan kesihatan ini boleh dilakukan di hospital kerajaan atau swasta.


4. Beriadah

Beriadah atau bersenam dapat mengeluarkan peluh dari badan. Toksin dalam badan juga turut keluar melalui peluh. 
Senaman berjadual sangat perlu bagi memastikan tubuh anda menjadi cergas dan membantu sistem peredaran darah lebih teratur. Ingat! Saluran darah yang tersekat boleh mengakibatkan strok.
Contoh senaman mudah adalah seperti berlari,, bersukan, berjalan, dan aerobik.


5. Berhenti Merokok

Seperti yang sedia maklum, tabiat merokok boleh merisikokan seseorang mendapat penyakit paru-paru dan jantung dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.
Ini adalah kerana terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam asap rokok.
Jadi, bertindak sekarang, katakan tidak pada merokok. Dapatkan nasihat dari doktor untuk menangani masalah ketagihan dan cara berhenti merokok.


6. Atasi Stress

Semua orang mengalami stress atau tekanan. Pelbagai punca yang boleh menyebabkan stress, antaranya masalah keluarga, kerja, kewangan,dan sebagainya.
Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menimbulkan rasa marah. Jadi, atasi masalah ini dengan mengawal tekanan dan kemarahan.

Beberapa cara untuk mengurangkan marah:
Berfikir secara positif
Belajar bertenang
Wujudkan hobi
Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
Rehat dan tidur yang cukup
Cari teman untuk berkongsi atau meluahkan masalah


7. Pastikan Rehat yang Cukup

Rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan tubuh badan serta minda.Selain itu, proses metabolisme juga dapat berjalan dengan lancar dengan rehat yang mencukupi.



Hendak seribu daya, tak nak sejuta dalih. 7 amalan yang sangat mudah untuk kita amalkan untuk menjadikan gaya hidup kita jalani lebih sihat. Usaha yang kita laburkan hari ini akan mendatangkan faedah yang sangat berbaloi di masa akan datang. 



Jangan jadi semangat macam dalam gambar ni tau, hehehehe..






P/S: Aku Isnin & Jumaat join aerobik, hari lain ke Gym, bukan azam tapi nak hidup GAYA HIDUP SIHAT .

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ahahha..lawak gambo tuu,,takmo jd cmtuuu...huuhuhu...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum lin...amalkan pemakanan yg sihat...kena lebih bykkan amalan untuk gaya hidup yg sihat kn...:)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!