Assalamualaikum wbt..
Pepagi mood datang nak menulis pasal kuih ni, perut terus lapar jadinya, aisssh jangan merungut, selagi mood nak menulis ada, silakan aje la jari tu nak menaip kan hehehe.
Ok la harini aku nak gak share aku punya Kuih Keria Antarabangsa versi aku, sana sini orang dok post kan, kita pun nak juga laaaa. Padahal dah setahun (Dec 2016) aku buat kuih ni, dah tak tahu jadi apa ntah dalam perut ni hahaha.
Waktu masa mula aku tengok viral kuih ni, aku banyaklah gugel sana sini resepinya, memang macam-macam versi ada, tapi aku tertarik dengan resepi dari Azlina Ina. Kalau kat FB memang top ko pages dia, macam-macam resepi dia share, pulak tu simple gile senang dan easy cookinglah orang kata hehehe. Kalau ada tiru pun, aku derhaka sikit je la hehehe
Jadinya gigih le aku bersemangat nak mencubanya, jangan tidak orang kata, jadi tak jadi belakang cite, janji ko nak mencuba,kannn .
Ok jom meh baca seterusnya aku nak cite dan share apa jadi kejadiannya kuih aku hahahaha.
Bahan utamanya mestilah Keledek.
Time tu kat kedai aku cuma ada keledek oren aje, so nak taknak beli laa, janji keledek, bukan kentang ok.
Aku beli 2 bijik sederhana besar.
Then buang la kulit dia dan rebus hingga empuk, biarkan sejuk sekejap, pastu lenyekkan dia sampai lumat.
Bla dah lumat, ko uli dengan tepung gandum dalam 1 cawan (ikut agak-agak semasa menguli), 1 sudu baking powder, secubit garam dan 1 sudu besar tepung ubi, uli sampai tak berapa melekat kat tangan, pastu ulikan dia jadi macamtu .
Walaupun aku punya kurang kecomelannya tapi aku teruja tau masa buat uli ni, tak sangka tangan dan jari aku ada seni, berlobang gak dia hahahaha
Selepas proses uli tu selesai, ko panaskan kuali untuk mengoreng, kuali minyak kena betul-betul panas ok, kalau tak nanti takut lebur keria tu dalam minyak hehehe.
Gorengkan dia hingga keria masak *dalam gambo tu nampak macam tak garing, faktor cahaya lampu kuning, kalau tengok real agak gelap garingannya tu.
Alaa pandai le korang goreng, janji masak sudah le.
Bila keria semua dah siap di goreng, korang ketepikan dulu.
Sediakan kuali untuk kita buat gula melaka dia pulak.
Masak 2 ketul gula melaka (cincang-cincang dulu), 5 sudu besar gula pasir, sedikit air (bahan ni agak-agak je,ikut suka kepekatan masing-masing dan banyak mana keria korang), dan didihkan dia hingga berbuih.
Bila dah berbuih, masukkan kuih keria tadi dan gaul-gaul hingga gula kering.
Aku punya versi aku tak berapa suka kering, so aku buat ala-ala basah berkilat je gitu, tapi bila dah sejuk, kering gak gula dia. Ikut suka masing-masing la ye.
Rasanya? Memang sedap, ok laa, manis tu idok le sebab ikut suka korang le nak manis camne.
Tapi serius aku cakap, aku lebih suka keria mak-mak kita tu yang bergula pasir tu haa, tu lagi sodap hehehe
So sapa nak cuba, silalah, jangan tidak katanya hehehe.
P/S: Proses nak sira tu adoii sakit jiwa, melekit!!!
sedap sis lin keria ni.... akak pun suka...
ردحذفoit, kenapa tak hantar kat kita.. banyak tu.. terhabis ke????
ردحذفTeringin pulak... post mai pleaseeeee
ردحذفkaknoor dah banyak kali buat baru lah terasa kesedapan keria ni
ردحذفmula2 buat dulu tak tau dimana yang sedap sngt haha
alhamdulillah sekarang ni pantang ada ubi asyik nak buat keria je